Orang Melayu Pertama Memegang Jawatan Tertinggi Tentera Negara Dari Kedah

Mejar Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa melakar sejarah negara apabila beliau adalah merupakan orang melayu pertama dalam negara yang menjawat jawatan tertinggi sebagai Jeneral dalam Tentera Diraja Malaysia.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1920 dan dilantik menjadi Jeneral sekaligus menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia menggantikan Leftenan Jeneral Tan Sri Dato’ Sir Rodney Moore yang bersara.

Yang Teramat Mulia Jeneral Tunku Tan Sri Osman Tunku Mohammad Jewa ialah Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia. Beliau mula menerima pendidikan awal di Sekolah Hutchin, Pulau Pinang dan kemudian menyambung pendidikan ke Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC) di Alor Star, Kedah.

Dalam bulan Mac 1935, Tunku Osman melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Bristol, England. Apabila perang mula meletus di Eropah, Tunku Osman menunjukkan minat untuk menyertai angkatan tentera.

Tunku Osman bermula dengan Rejimen Gloucester sebagai rekrut dari bulan April hingga Ogos 1942 dan kemudiannya menyertai Rejimen Pengintipan Ke 80. Beliau kemudian dihantar untuk menjalani latihan kadet ke Pusat Highland Fieldcraff di Scotland.

osman

Seterusnya, Tunku Osman melanjutkan latihan ke Bovington dan kemduiam beliau telah dipinjamkan ke Rejimen Kereta Kebal Diraja. Dalam bulan Disember 1944, beliau menyertai OCTU di Barmouth, Wales untuk menjalani latihannya sebagai pegawai kadet.

Tunku Osman menyertai Pasukan 136 dalam tahun 1945 dan telah menerima tauliah sebagai Leftenan Muda dalam bulan Mei 1945 lantas, beliau telah diserap ke dalam Senarai Am.

Dalam tahun 1946, Tunku Osman telah menyertai pentadbiran Tentera British (BMA) di Malaya dan disinilah detik beliau mula berkhidmat dengan Tentera British di tanah kelahirannya.

Tunku Osman sertai Rejimen Melayu Diraja pada tarikh 1 Februari 1947 dan telah menerima tauliah sebagai Leftenan. Beliau disalurkan ke Rejimen Melayu Batalion Ke 2 dan dinaikkan pangkat menjadi Kapten dalam bulan Februari 1951.

Tidak lama selepas itu dalam 4 tahun kemudian, Tunku Osman dilantik menjadi Mejar pada tahun 1955 dan dalam tahun yang sama, Tunku Osman juga telah dihantar untuk menyertai kursus Pegawai Kanan di Devises-Wilthire.

Pada tahun 1958, beliau ditugaskan ke Batalion ke 6 dan Rejimen Melayu ke 7 sebagai Penolong Pegawai Pemerintah. Tunku Osman dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel pada bulan Julai 1958 dan memegang kuasa dalam Rejimen Melayu Batalion ke 2 sebagai seorang Pegawai Pemerintah Melayu yang pertama bagi batalion tersebut.

mesyuarat

Dalam bulan Mei 1960, Tunku Osman sekali lagi dinaikkan pangkat menjadi Kolonel semasa beliau sedang menyertai Kolej Turus Perkhidmatan Bersama dan pada bulan Jun 1960, beliau dinaikkan pangkat menjadi Brigadier Jeneral dan memegang kuasa dalam Briged Infantri Malaya Ke 2.

Apabila Jeneral Tan Sri Sir Rodney Moore bersara sebagai Pegawai Turus Angkatan Tentera Malaysia, Tunku Osman dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Pegawai Turus Angkatan Tentera.

Beliau adalah anak Melayu pertama yang memegang pangkat tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tunku Osman bersara daripada jawatan tersebut pada 24 November 1969.

Sebagai maklumat tambahan yang menarik untuk dikongsi bersama, Tunku Osman ini adalah anak saudara kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tunku Osman meninggal dunia pada tarikh 19 April 1994 ketika berusia 75 tahun dan telah disemadikan di Makam Diraja yang terletak di Langgar, Kedah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here