Pelakon Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Setiap ciptaan manusia yang ada hari ini pasti ada permulaannya. Pernahkah anda terfikir tentang siapakah pelakon filem melayu yang pertama dalam negara sejak negara kita punyai siaran penyiaran?

M. Suki adalah individu yang telah mencipta sejarah dalam lembaran dunia seni negara sebagai seorang pelakon filem melayu yang pertama di negara kita dalam tahun 1933.

Pada waktu itu, negara kita dikenali sebagai Malaya dan M. Suki telah dinobatkan sebagai pelakon filem melayu yang pertama negara setelah memegang watak utama dalam filem Laila Majnun.

Secara tidak langsung, filem Laila Majnun adalah merupakan filem melayu pertama yang ditayangkan dalam negara. Filem ini telah dihasilkan oleh B.S. Rajhans dan beliau adalah merupakan seorang pengarah dari India.

Pelakon Filem Melayu Pertama Di Malaysia

B.S. Rajhans

Filem Laila Majnun ini juga telah diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical yang turut berasal dari Bombay, India dan mereka telah beroperasi di Singapura.

K.R.S. Chisty sebagai seorang ahli perniagaan dari India yang menetap di Singapura adalah merupakan individu yang bertanggung-jawab dalam usaha penerbitan filem ini.

Pelakon Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Karya filem Laila Majnun ini telah diadaptasikan daripada cerita cinta klasik rakyat dari Timur Tengah. Ianya berkisahkan mengenai percintaan yang tidak direstui dan mereka dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.

Pelakon Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Filem Laila Majnun ini kemudiannya diterbitkan semula selepas 29 tahun iaitu dalam tahun 1962 dengan menampilkan pelakon Nordin Ahmad, Latifah Omar dan beberapa pelakon lain.

Berbalik kepada M. Suki sebagai pelakon filem melayu yang pertama, beliau juga adalah merupakan hero dalam filem Miang Miang Keladi, keluaran Merdeka Studio 1967.

Pelakon Filem Melayu Pertama Di Malaysia

M. Suki

M. Suki juga turut pernah berlakon dalam filem Ahmad Albab bersama-sama dengan seniman agung negara iaitu tidak lain tidak bukan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Zaharah Agus adalah merupakan isteri kepada M. Suki dan beliau adalah merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon. Beliau pernah memegang watak Latifah, sebagai isteri pertama dalam Filem Madu Tiga.

Pelakon Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Nooraini Muti yang dikenali sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon dalam era 1950 an juga adalah merupakan anak kepada seniman M. Suki. Darah seni dalam keluarga M. Suki berterusan sehingga ke cucu beliau iaitu pelakon yang bernama Nanu Baharudin.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 4 = 2