Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Hal ini adalah kerana inilah negeri yang menggunakan sebutan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri. Apakah fakta cerita disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan?

Ramai yang tertanya-tanya tentang keunikan nama Negeri Sembilan. Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan antara daerah-daerah kecil yang terdapat sembilan buah kesemuanya.

Kesemua sembilan daerah kecil tersebut yang juga turut dikenali sebagai Luak terdiri daripada Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Kelang (kini Klang), Hulu Pahang, Inas (kini Jelai) dan juga Segamat.

Hari ini sepertimana yang kita tahu, sebahagian daripada sembilan daerah tersebut telah dikeluarkan daripada Negeri Sembilan. Antaranya adalah seperti daerah Segamat yang kini dibawah jajahan Johor, daerah Naning yang kini dibawah jajahan Melaka, Jelai yang kini dibawah jajahan Pahang dan Klang yang kini dibawah jajahan Selangor.

9 daerah kecil asal pembentukan Negeri Sembilan

9 daerah kecil asal pembentukan Negeri Sembilan

Dalam tahun 1895, daerah-daerah seperti Gunung Pasir, Tampin, Terachi serta Ulu Muar telah dikanunkan untuk menjadi sebahagian daripada anggota persekutuan baru buat Negeri Sembilan. Maka, persekutuan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan tujuh daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Port Dickson, Rembau dan Jempol.

Melingkap kembali sejarah terdahulu sewaktu negeri Melaka yang besar jajahannya dan pernah menguasai hampir keseluruhan Tanah Melayu, tetapi kini tinggal sekecil-kecilnya di selatan tanah air. Begitu juga kisahnya apabila kerajaan negeri Johor yang meneruskan kegemilangan kesultanan Melaka sehinggakan kesemua negeri melayu tunduk berada didalam naungannya.

Terdahulu kerajaan negeri Johor pernah berada dalam keadaan kucar kacir dan lemah dalam pentadbiran. Pada waktu itu, banyak negeri lain dibawah naungan Johor telah membebaskan diri daripada kerajaan Johor termasuklah Negeri Sembilan.

Dalam tahun 1773 adalah merupakan permulaan dalam pembentukan kerajaan Negeri Sembilan apabila orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja iaitu Raja Melewar dari Pagar Ruyung untuk memerintah negeri-negeri yang didiami oleh orang Minangkabau di Semenanjung dengan menggunakan gelaran Yam Tuan atau Yang Dipertuan Besar.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 8 = 1