Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Mungkin ramai diantara kita terutamanya mereka anak kelahiran Negeri Sembilan yang sudah lama tidak menyanyikan lagu rasmi Negeri Sembilan dan mungkin kebanyakan diantaranya kali menyanyi lagu rasmi Negeri Sembilan adalah sewaktu di alam persekolahan.

Pernahkah anda terfikir siapakah yang mencipta lagu rasmi bagi Negeri Sembilan? Negeri Sembilan masih belum punyai sebarang lagu rasminya yang tersendiri sebelum tahun 1911.

Pada waktu itu, sekiranya ada majlis atau upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Besar, kebiasaannya lagu Bunga Tanjung yang versi lama akan didendangkan kepada para hadirin.

Sejak Negeri Sembilan bersetuju menerima Residen Inggeris dan menjadi anggota buat Negeri-Negeri Bersekutu pada penghujung abad ke 19, pihak Inggeris merasakan bahawa Negeri Sembilan wajar untuk punyai sebuah lagu rasminya yang tersendiri.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Maka Kerajaan Inggeris mengarahkan Sir Andrew Cadelcott yang pada masa itu bertugas sebagai Pentadbir Tanah Jelebu untuk mengubah sebuah lagu rasmi untuk Negeri Sembilan.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Lirik untuk lagu rasmi Negeri Sembilan pula telah ditulis oleh Tunku Zakaria Mambang. Dengan itu, terciptalah sebuah lagu kebesaran Negeri Sembilan yang diberi nama Berkatlah Yang Di Pertuan Besar di Negeri Sembilan.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Lagu ini kemudian telah di perkenankan oleh Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah dalam tahun 1911 dan sejak itu dengan rasminya Negeri Sembilan mempunyai lagu rasminya yang tersendiri.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Setelah sekian lama, bermulalah evolusi dan perubahan demi perubahan terhadap lagu ini. Menyedari akan terdapat pelbagai versi dan berlakunya perubahan dari segi tempo, melodi dan nyanyian ada yang perlahan dan ada yang agak laju, sewajarnya lagu kebesaran Negeri digubah semula.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Justeru itu atas inisiatif Yang Mulia Tunku Zain dan di bantu oleh Dato Johari Salleh, sebuah projek bagi menyusun kembali dan menyeragamkan Lagu Kebesaran ini telah dilaksanakan dalam tahun 2009.

Dengan mengekalkan melodi asal dan lirik yang sedikit diubah, gubahan lagu tersebut telah menjadi sebuah gubahan lagu yang merdu dan sedap didengar. Ditambah pula dengan iringan suari harmoni dan instrument muzik yang lebih klasik.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Pada tarikh 27 Oktober 2010, lagu rasmi Negeri Sembilan versi yang baru telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir di Hotel Royal Bintang di Seremban, Negeri Sembilan.

Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan

Dengan gubahan semula untuk versi baru ini, maka ia telah menjadi satu-satunya versi lagu rasmi Negeri Sembilan untuk kegunaan semua majlis serta upacara rasmi di Negeri Sembilan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

4 + 6 =