Penepuk Api, Inovasi Pada Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu, ia bukan sahaja mendatangkan kesusahan kepada rakyat, malah mendatangkan bala kepada seluruh penduduk di dalam negara dengan pelbagai tekanan.

Ramai orang-orang melayu sukar untuk mendapatkan makanan kerana permasalahan catuan beras dan dalam masa yang sama amat sukar untuk memperoleh barangan kegunaan harian yang lain.

Oleh yang demikian, ramai yang mula bertani untuk mendapatkan sumber makanan. Antara masalah utama yang menjadi kerunsingan pada waktu itu adalah sumber api.

Mancis atau pemetik api yang pada masa itu adalah satu perkara yang baru buat orang melayu dan ia adalah satu barang mewah yang tidak dapat dimiliki oleh orang-orang biasa di kampung dan hanya dimiliki oleh orang-orang kaya.

Orang-orang melayu yang tinggal di pedalaman mula berusaha untuk mencipta alat yang dapat mengeluarkan api kerana semua orang tahu sumber api sangat penting untuk tujuan memasak dan menyediakan makanan.

Salah satu alat yang dicipta adalah bernama Penepuk Api atau Gobek Api yang dikatakan dicipta oleh orang-orang melayu di negeri Perlis pada zaman penduduk Jepun di Tanah Melayu.

Penepuk Api, Inovasi Pada Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Pada zaman itu, alat ini digunakan agak meluas di kawasan pedalaman dan perkampungan di negeri Perlis. Alat Penepuk Api ini berukuran lebih kurang 7.5 cm panjang dan lebar lebih kurang 2.5 cm.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah dari sumber tanduk binatang, kayu dan bahagian hujung buluh duri. Bahan memainkan peranan penting dalam penepuk api ini ialah baruk.

Fungsi baruk adalah sebagai sumbu untuk menghasilkan api. Ia adalah campuran dari dua jenis bahan iaitu bahan yang diambil dari pelepah pohon dudur dengan abu kulit atau abu kulit limau.

Penepuk Api, Inovasi Pada Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Abu ini adalah hasil yang diperoleh apabila kulit-kulit itu dibakar. Baruk ini terlihat seperti kekabu kering. Bahagian badan penepuk api biasanya diperbuat daripada buluh duri.

Ia dibentuk menjadi seperti gobek pinang. Pada bahagian hujungnya dinamakan bahagian buku buluh, bahagian ini tidak ditebuk. Lesung buluh ini mempunyai panjang lebih kurang 4.5 cm.

Hulu penepuk api ini berbentuk seperti hulu gobek pinang, tetapi berbeza pada bahagian hujung sebelah bawah bahagian puting kerana tidak tajam seperti hulu gobek pinang tetapi dibuatkan satu lubang untuk diletakkan baruk di dalamnya.

Penepuk Api, Inovasi Pada Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Biasanya bahagian hulu ini termasuk puting diperbuat daripada tanduk atau kayu. Baruk sebenarnya tidak akan menyala seperti mancis bila ditepuk sebaliknya ia hanya akan mengeluarkan bara.

Bara inilah yang akan digunakan untuk menyalakan kertas, sabut, daun, rumput kering untuk mendapatkan api. Pada bahagian sebelah atas hulu terdapat satu lubang yang ruang bahagian dalamnya dikorek lebih luas daripada pintunya.

Lubang ini berfungsi sebagai tempat simpanan baruk yang masih belum digunakan. Baruk yang masih belum digunakan ini akan dikeluarkan jika perlu dengan menggunakan dawai atau paku.

Penepuk Api, Inovasi Pada Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Simpanan baruk ini hanya cukup untuk kegunaan tiga empat hari sahaja. Penepuk api ini akan mengeluarkan bara api apabila hulunya ditekan masuk atau ditepuk dan ditarik keluar dengan cepat.

Bara ini kemudian dikeluarkan dari puting dan diletakkan pada sabut atau kertas supaya api mudah dihidupkan. Video diatas menerangkan tentang cara penggunaan alat penepuk api yang dicipta pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

60 − = 55