Pengakhiran Kerajaan Naning Di Melaka Oleh Dol Said

Abdul Said atau lebih dikenali dengan nama Dol Said dilahirkan pada tahun 1773. Beliau adalah berketurunan suku semelenggang dan telah pun meninggal dunia dalam tahun 1849 ketika berusia 76 tahun.

Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya dapat dilihat sejak beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri iaitu seni silat ketika berusia enam tahun.

Biarpun keluarganya berasal dari golongan keluarga yang susah, namun Dol Said sentiasa berusaha untuk memajukan diri, agama dan bangsanya.

Pengakhiran Kerajaan Naning Di Melaka Oleh Dol Said

Taring Dol Said mula kelihatan apabila beliau dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu beliau berumur 26 tahun.

Jangan anda tidak tahu bahawa Dol Said ini sebenarnya adalah merupakan pemerintah Naning yang kesembilan dan beliau membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.

Pihak British telah meminta Naning memberi satu dari sepuluh (10%) daripada hasilnya. Ia adalah sebagaimana Naning pernah memberi kepada Belanda dahulu dan kemudian Naning telah buat perjanjian dengan British pada tahun 1801.

Menurut perjanjian tersebut, Naning perlu menyerahkan satu dari sepuluh (10%) daripada hasil negerinya. Bagaimanapun, pihak Naning menjelaskan bahawa pemberian kepada Belanda itu atas tanda persahabatan dan tanpa paksaan.

Pengakhiran Kerajaan Naning Di Melaka Oleh Dol Said

Dol Said terkenal dengan kebijaksanaanya dalam menyusun strategi perperangan yang mana beliau dan angkatan perang pernah mengalahkan british dalam pertempuran yang berlaku selama 18 hari.

Pertempuran selama 18 hari itu berlaku sejak 6 Ogos 1832 hingga 24 Ogos 1832. Dalam pertempuran ini, penghulu Dol Said telah berjaya mendapatkan sokongan dan bantuan ketenteraan dari daerah-daerah yang berhampiran antaranya Rembau dan Seri Menanti.

Bagaimanapun, pihak British yang enggan mengaku kalah dan tidak berpuas hati, sekali lagi bertindak melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah mereka yang kononnya tercalar.

Pengakhiran Kerajaan Naning Di Melaka Oleh Dol Said

Disebabakan faktor perpecahan dalam perpaduan, ia telah menyebabkan Dol Said dan angkatan perangnya telah tewas. Dalam pertempuran tersebut, pihak Rembau dikatakan telah berpaling tadah.

Mereka tidak menghantarkan tentera mereka dan dikatakan telah membocorkan rahsia serta strategi peperangan. Dol Said dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Pasir Besar dan Naning telah jatuh ke tangan pihak British.

Akhirnya, Naning telah diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832. Dengan kekalahan ini, maka berakhirlah era pemerintahan kerajaan Naning yang ampuh dari zaman penjajahan Portugis dan Belanda.

Pengakhiran Kerajaan Naning Di Melaka Oleh Dol Said

Kekalahan ini bukan dari kesilapan strategi peperangan, akan tetapi telah ditewaskan dari perpecahan, perpaduan dan semangat setia kawan. Kisah Naning di tawan perlu dijadikan pengajaran bagi generasi baru yang akan memimpin negara ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 5 = 2