Pengalaman Hidup Zaman Jepun Di Padang Terap, Kedah

Pernah ada dalam satu laporan di sinar harian online (sudah tiada dalam rekod web sinar harian) ada mempamerkan pengalaman tentang penceritaan pahit getir hidup seseorang sewaktu dalam zaman penjajahan di Tanah Melayu.

Temu ramah dilakukan di Kuala Nerang, Kedah dan ianya adalah berkisahkan tentang pengalaman selama tiga tahun dan lapan bulan semasa di bawah pemerintahan penjajahan Jepun sangat memeritkan sehingga memberi tekanan kepada penduduk di kawasan Padang Terap, Kedah.

Zaman pemerintahan zaman pendudukan Jepun di bawah ketuanya iaitu O Hara bukan sahaja memberi tekanan dalam kehidupan tetapi akidah penduduk juga hampir terjejas kerana orang melayu Islam juga diarah untuk menyembah matahari.

jepun

Ismail Said yang berusia 86 tahun sewaktu ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian berkata dia yang hidup di tiga kuasa asing dapat merasai keperitan semasa pihak berkenaan menduduki Padang Terap.

Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, beliau pada waktu itu hanya budak kecil yang berusia 10 tahun dan beliau masih lagi ingat dan merasai pengalaman kezaliman tentera Jepun terhadap penduduk di Padang Terap, Kedah.

Setiap 8 hari bulan, penduduk di Kuala Nerang akan diarahkan untuk berkumpul untuk menyanyikan lagu kebangsaan Jepun dan mendengar ceramah serta ucapan daripada pemimpin Jepun.

Sebelum itu semasa matahari terbit, penduduk dan pelajar diarahkan untuk menyembah matahari. Bagi mereka yang enggan melakukannya akan diseksa dan ini menyebabkan penduduk terpaksa akur kerana takut dikenakan hukuman.

ismail

Mereka yang buat kesalahan juga diarah minum air sehingga kenyang dan kemudiannya akan dipijak dengan dilapikkan papan sehingga seseorang itu mengaku.

Menurutnya lagi semasa pemerintahan Jepun terdapat ladang paksa di daerah tersebut yang ditanam dengan kapas dan penduduk terutamanya lelaki dipaksa bekerja di ladang sehingga menyebabkan ada yang tidak tahan dan melarikan diri.

Makanan utama seperti pisang dan ubi juga sangat terhad dan susah untuk mendapatkannya. Beras pula sering dirampas oleh tentera Jepun dan kadangkala dirompak oleh entah sesiapa.

Katanya lagi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, seorang pegawai kerajaan sanggup menjual kain samping kepada bapanya dengan nilai 1,000 nilai mata wang Jepun bagi tujuan untuk membeli makanan.

Kain tersebut dikatakan masih ada dalam simpanannya untuk mengenangkan keperitan pemerintahan Jepun kepada anak cucu kita.

jepun kalah

Selepas tentera Jepun mengundurkan diri dari Malaysia pada tahun 1945, komunis cuba mengambil kesempatan dengan cuba menawan Padang Terap sehingga kehidupan penduduk sekali lagi dihantui dengan kekejaman.

Semasa komunis cuba menawan daerah berkenaan beberapa peristiwa hitam berlaku sehingga aktiviti kehidupan penduduk turut terjejas. Kekejaman British pada masa itu agak lembut jika hendak dibandingkan dengan penduduk Jepun yang agak ganas.

British pada masa itu tidak mahukan orang Melayu berpelajaran dan hanya golongan bangsawan sahaja diberi pendidikan. Ismail berkata kekejaman pihak berkenaan sepatutnya menjadi iktibar kepada generasi hari ini bagi mengekalkan kemerdekaan yang dicapai sekian lama.

Oleh itu sudah sampai masanya generasi baru hari ini ambil alih dari golongan veteran bagi mengekang kuasa luar yang cuba menapak di negara kita ini semula.

Olahan dari:

  • Sinar Harian Online

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here