Pengasas Sepak Takraw Dari Pulau Pinang

Sepak raga adalah merupakan sejenis permainan tradisional popular yang menggunakan bola rotan. Sebenarnya, ia telah lama wujud iaitu berkemungkinan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Konsep permainan sepak raga ini adalah ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain dalam menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menimbangnya daripada jatuh ke tanah.

Pada waktu ini, permainan sepak raga dimainkan dalam bulatan. Ianya berbeza dengan permainan sepak takraw yang memerlukan dua pasukan dalam gelanggang dan dipisahkan dengan jaring.

Menariknya, permainan sepak takraw ini adalah ciptaan oleh seorang anak Malaysia yang bernama Hamid Mydin. Hamid Mydin dilahirkan pada tarikh 19 Disember 1916 dan menetap di Kampung Rawa, Jalan Patani, Pulau Pinang.

Pada waktu itu, permainan sepak takraw masih belum lagi wujud dan permainan sepak raga amat popular dan seringkali dimainkan di merata tempat terutamanya di kawasan-kawasan kampung yang terdiri dikalangan orang-orang tua sahaja.

Pengasas Sepak Takraw Dari Pulau Pinang

Anak-anak muda semakin menjauhkan diri dari permainan sepak raga kerana mungkin ia sudah hilang daya penariknya. Penonton yang menyaksikan pertandingan ini jika diadakan juga pun boleh dihitung dengan jari.

Antara faktor inilah yang menyebabkan Hamid Mydin berminat untuk mengubah dan memodenkan permainan sepak raga. Kisahnya bermula pada suatu petang dalam bulan Februari 1946 sewaktu beliau berusia 29 tahun.

Hamid Mydin telah menemui sahabatnya bernama Mohamad Abdul Rahman yang merupakan anak tempatan Jalan Hatin di Pulau Pinang. Beliau sangat terkenal sebagai pemain sepak raga yang handal.

Pengasas Sepak Takraw Dari Pulau Pinang

Dalam pertemuan itu, Hamid Mydin menceritakan hasratnya untuk mengubah atau memodenkan permainan sepak raga ini dengan menggunakan jaring dan gelanggang seperti permainan badminton.

Bertempat di satu kawasan atas lapisan bertar iaitu di tapak bekas Hospital Haiwan di Jalan Patani, Pulau Pinang. Hamid Mydin menggaris tar dengan menggunakan kapur tulis.

Pengasas Sepak Takraw Dari Pulau Pinang

Garisan sepanjang 44 kaki dan selebar 22 kaki. Beliau kemudian meregang tali rami di tiang yang sedia ada tingginya 5 kaki 3 inci. Dengan menggunakan bola raga yang usang dan buruk, Hamid Mydin mengarah Mohamad Abdul Rahman berdiri di sebelah sana dan beliau sendiri di sebelah sini.

Mereka menendang bola raga pergi dan balik cara satu lawan satu. Itulah peristiwa sejarah buat kali pertama konsep permainan sepak takraw telah dimainkan hasil ciptaan Hamid Mydin.

Pada petang keesokan harinya di tempat yang sama, Hamid Mydin cuma membaiki ideanya dengan menambah bilangan pemain dalam permainan sepak takraw yang diciptanya itu.

Pada mulanya, beliau buat penambahan 1 orang untuk setiap kumpulan dan menjadikan 4 orang yang akan berada dalam 1 gelanggang serta secara 2 pemain sebelah.

Pengasas Sepak Takraw Dari Pulau Pinang

Beliau tidak berpuas hati dengan jumlah bilangan pemain dan pada petang keesokan harinya lagi, Hamid Mydin menambah seorang lagi pemain untuk setiap kumpulan dengan secara tidak langsung menjadikan 6 orang akan berada dalam 1 gelanggang.

Konsep permainan sepak takraw yang cuba diketengahkan oleh Hamid Mydin ini telah berjaya menarik minat orang ramai. Pada waktu itu, ramai orang-orang muda mula mencuba konsep permainan yang dicipta oleh Hamid Mydin.

Pada asalnya, nama permainan yang dicipta oleh Hamid Mydin bukanlah dikenali sebagai sepak takraw. Asalnya Hamid Mydin menamakan permainan ini sebagai sepak bola jaring.

Ada juga yang menamakan permainan ini sebagai sepak raga jala atau sepak raga jaring. Setelah permainan ini semakin meluas, atas permintaan negara Laos, Kemboja dan Thailand, nama sepak raga jaring ditukarkan kepada sepak takraw.

Pengasas Sepak Takraw Dari Pulau Pinang

Pasukan sepak takraw Hamid Mydin

Hari ini, sepak takraw cukup popular bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di seluruh dunia turut memainkan permainan anak kelahiran Malaysia ini. Corak permainan sepak takraw sekarang ini adalah hasil beberapa perubahan yang dibuat bersama Yusof Latif yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Sepakraga Malaysia.

Hamid Mydin telah kembali ke rahmatullah pada tarikh 18 Disember 1991 sewaktu berusia 75 tahun dan jenazahnya telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Pulau Pinang.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

2 + 6 =