Pengharaman Hamba Abdi Di Melaka

Perhambaan merupakan amalan kemasyarakatan yang bukan sahaja diamalkan di negeri-negeri Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi, malah ia berlaku di seluruh dunia.

Konsep hamba ini dapat melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu. Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah kedudukan ekonominya.

Sebelum kedatangan pihak barat ke Tanah Melayu, hamba ini boleh terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti hamba abdi, hamba berhutang dan hamba raja.

hamba1

Gambar Hiasan

Hamba abdi dan hamba berhutang biasanya mereka berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan ada yang berkhidmat sebagai pembantu rumah. Hamba berhutang juga terlibat dalam kegiatan produktif seperti kegiatan pertanian dan melombong bijih timah.

Hamba lelaki akan diberi tugas berat di luar rumah. Mereka sering digunakan untuk tujuan pertahanan negeri. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti penanaman padi seperti membajak, menanam, menuai dan memugar hutan baru atau bertugas dilombong bijih timah. Hamba lelaki yang bernasib baik mungkin berpeluang mengikuti tuan mereka berdagang atau berniaga.

Hamba wanita pula biasanya membuat kerja-kerja rumah dan menjadi dayang-dayang kepada pemerintah. Tugas lain hamba wanita termasuklah sebagai tukang masak, mengasuh anak-anak kecil tuan mereka, mencuci, mengambil air, membelah kayu dan menganyam. Kadang kala mereka dihantar ke sawah untuk menuai padi.

hamba2

Gambar Hiasan

Pada tahun 1819, Gabenor Melaka iaitu John Samuel Timmermann Thyssen telah mengisytiharkan undang-undang tentang mengharamkan pengambilan hamba abdi di negeri Melaka.

Dengan pengisytiharan undang-undang ini, barang siapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang tersebut akan dikenakan denda sebanyak 100 guilders dan dipenjarakan selama enam bulan.

Selain dari itu, ibu bapa yang didapati bersalah kerana membenarkan anak mereka dijadikan hamba juga akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari setahun.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 4 = 6