Pengisytiharan Kuala Lumpur Sebagai Bandaraya

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur dengan rasminya telah diisytiharkan sebagai bertaraf bandaraya. Peristiwa pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandaraya amat besar maknanya kerana inilah pengiktirafan dan anugerah untuk taraf bandaraya yang pertama kali buat Yang Di-Pertuan Agong selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pengisytiharan ini telah dibacakan oleh Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan iaitu Dato Ong Kee Hui dalam satu majlis di bangunan parlimen.

Perdana menteri pada waktu itu, Tun Abdul Razak telah menyampaikan surat pengisytiharan tersebut bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong kepada Dato Ong Kee Hui.

Upacara yang penuh gilang gemilang dan bersejarah itu turut dihadiri oleh orang-orang kenamaan dalam negara seperti menteri-menteri kabinet, ketua-ketua perwakilan asing, anggota-anggota parlimen dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur

Serentak dengan itu, satu lagi detik sejarah telah tercipta buat Kuala Lumpur apabila Pesuruhjaya Ibu Kota, Tan Sri Lokman Yusof telah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama.

Pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur

Tan Sri Lokman Yusof, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama

Sebelum Kuala Lumpur membangun, satu ketika dahulu Kuala Lumpur hanya merupakan satu perhentian perniagaan kecil di pertemuan sungai Gombak dan Sungai Kelang yang menampung dan membekal keperluan lombong-lombong bijih timah di kawasan pedalaman negeri Selangor.

Kemewahan yang dibawa serentak dengan perusahaan baru ini telah menyebabkan pengkalan yang dinamakan sebagai Kuala Lumpur ini menjadi semakin maju dan berkembang dengan pesat setiap hari sehingga ke hari ini.

Dalam tahun 1880, Kuala Lumpur telah menjadi ibu negeri buat negeri Selangor. Apabila negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bergabung membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai kawasan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895.

Pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur

Daripada kawasan seluas suku batu persegi yang diurus tadbir oleh Lembaga Kebersihan dahulunya, hari ini Kuala Lumpur telah menjadi sebuah bandaraya yang maju, berkembang pesat dan moden setaraf dengan negara maju yang lain.

Pengisytiharan Bandaraya Kuala Lumpur

Dengan penganugerahan Kuala Lumpur sebagai bandaraya, Kuala Lumpur mula mencorak langkah dengan menjadi satu kawasan yang penting sebagai pusat pemerintahan, diplomatik, perniagaan, kewangan, pengajian serta tempat bersemayam baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Rujukan:

  • Buku Penerangan Kecil, DBKL, hal. 7
  • Utusan Malaysia, 2 Februari 1972, hal. 1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 2 = 3