Penubuhan UMNO Cetusan Dari Semangat Orang Melayu

Pada tarikh 11 Mei 1946, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali dengan nama UMNO telah ditubuhkan.

Kelahiran parti keramat UMNO ini adalah hasil dari cetusan semangat kebangsaan orang-orang Melayu yang lahir tepat pada masa dan keadaan yang memerlukannya.

Pergolakan politik yang berlaku sejak awal abad ke 20 telah membawa kepada penubuhan UMNO pada tahun 1946 dan kemudian telah mengalami satu proses yang panjang dan penuh dengan cabaran.

Penubuhan UMNO Cetusan Dari Semangat Orang Melayu

Ia secara tidak langsung telah membuktikan kepada sejarah terutamanya tentang ketabahan dan ketinggian semangat kebangsaan dikalangan orang-orang Melayu yang berjuang untuk menentukan nasib masa hadapan bangsa dan tanah air mereka setelah sekian lama dijajah yang telah meruntuhkan tradisi dan nilai-nilai bangsa.

Dengan berakhirnya pendudukan Jepun dan kembalinya British ke Tanah Melayu pada akhir tahun 1945 adalah merupakan detik peristiwa yang penting dalam sejarah Tanah Melayu kerana pada tahun tersebut telah berlakunya revolusi yang besar dalam perkembangan politik orang-orang melayu.

Penubuhan UMNO Cetusan Dari Semangat Orang Melayu

Revolusi ini berlaku kerana British datang semula ke Tanah Melayu bukanlah untuk memberikan kemerdekaan sebagaimana yang diharap-harapkan oleh sebahagian besar daripada penduduk Tanah Melayu.

Akan tetapi, ia telah membawa bersama-sama mereka satu gagasan bentuk penjajahan yang lebih terkutuk iaitu Malayan Union bagi menjamin pengekalan kuasa British di Tanah Melayu.

Kedatangan Malayan Union secara langsung telah mempercepatkan lagi perjalanan proses politik di Tanah Melayu dan telah menjadi kenyataan bahawa Malayan Union telah menyebabkan lahirnya UMNO yang kemudian menjadi tulang belakang politik orang-orang Melayu.

Penubuhan UMNO telah disusun dan dirangka dengan sebaik-baiknya supaya ia dapat berfungsi dan berperanan bagi memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu di tanah air mereka serta dapat dijadikan badan tunggal untuk menyuarakan hasrat dan kehendak masyarakat Melayu.

Penubuhan UMNO Cetusan Dari Semangat Orang Melayu

Mengikut undang-undang tubuhnya, parti ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan segala ikhtiar dan langkah bagi mendirikan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Perjuangannya adalah untuk memajukan kepentingan rakyat bangsa Melayu khasnya dan rakyat yang lain-lain bangsa dalam semua lapangan di Malaya pada waktu itu.

UMNO mengutamakan dan mempertahankan Agama Islam dan adat resam Melayu serta menjalankan segala ikhtiar dalam mengembangkan agama yang suci ini sebagai agama rasmi negara.

Penubuhan UMNO Cetusan Dari Semangat Orang Melayu

UMNO juga ditubuhkan untuk memelihara taraf kedaulatan raja-raja Melayu sebagai raja-raja berpelambagaan di negeri masing-masing. Disamping itu, UMNO juga bermatlamat menubuh, mengawal dan memelihara asas-asas pemerintahan demokrasi secara berparlimen yang bertanggung-jawab.

Sebagai sebuah pertubuhan politik, UMNO juga bermatlamat untuk mengawal dan memelihara kebebasan agama, berfikir, berucap, menulis, berkempen dan mengadakan persatuan-persatuan; menghormati, mengawal dan memelihara kepentingan kumpulan-kumpulan kaum yang kecil; melaksanakan kerjasama dengan bangsa-bangsa lain di dunia atas dasar persamaan hak bagi mencipta susunan masyarakat baru yang berdasarkan perikemanusiaan dan keadilan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...