Peristiwa Detik Pengumuman Pertama Kemerdekaan Negara

Pada tarikh 20 Februari 1956, berita tentang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Padang Hilir, Melaka oleh Tuanku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan dan juga Yang Dipertua Agong UMNO.

Pengumuman kemerdekaan ini dibuat setelah rombongan merdeka kembali dari London yang mana satu perjanjian untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada tarikh 8 Februari 1956.

Rombongan ke London itu telah diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Rombongan tersebut berlepas pulang dari London pada tarikh 16 Februari 1956 dan tiba di Singapura pada tengah malam bertarikh 19 Februari 1956.

Keesokan harinya iaitu bertarikh 20 Februari 1956, rombongan ini bertolak ke negeri Melaka yang mana untuk membawa khabar gembira buat rakyat dengan mengadakan satu sambutan secara besar-besaran.

Peristiwa Detik Pengumuman Pertama Kemerdekaan Negara

Dari lapangan terbang negeri Melaka, rombongan ini diarak dengan sepasukan pemuda bermotosikal dan diikuti oleh berpuluh-puluh buah kereta. Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke Padang Hilir amat meriah sekali dengan laungan merdeka yang tidak putus-putus kedengaran.

Bandar Melaka dihias penuh dengan kibaran bendera negara serta dituruti oleh seluruh rakyat dari pelbagai masyarakat serta kaum di Melaka yang mengalu-alukan kedatangan Tuanku Abdul Rahman untuk mendengar pengumuman gembira ini.

Detik penuh bersejarah yang disambut dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan. Tuanku Abdul Rahman mengumumkan tentang menurut perjanjian yang telah dicapai di London itu telah memutuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada tarikh 31 Ogos 1957.

Serentak dengan pengumuman ini, pekikan serta laungan merdeka bergemuruh di langit Padang Bandar Hilir, Melaka. Dalam ucapan Tuanku Abdul Rahman yang disaksikan lebih 100,000 rakyat yang hadir ada menyebut tentang perjuangan UMNO dan Perikatan sejak dari usaha dalam menuntut Pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1955 sehinggalah membawa kepada kemenangan dalam Pilihanraya tersebut.

Peristiwa Detik Pengumuman Pertama Kemerdekaan Negara

Lantaran dengan hasil usahasama UMNO dan Perikatan ini telah berjaya mendesak kerajaan British supaya dapat menentukan tarikh kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu.

Kemenangan yang ditempa dengan meraih kemerdekaan telah diumumkan pada tarikh 20 Februari 1956 ini adalah hasil kerjasama antara wakil-wakil kerajaan Perikatan dengan wakil-wakil Raja-Raja Melayu serta kerjasama rakyat yang pelbagai bangsa.

Rujukan:

  • UMNO 10 tahun, hal. 136
  • Utusan Melayu, 21 Februari 1956, hal. 1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here