Peristiwa Kemangkatan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak Ke 31)

Pada tarikh 29 Mac 1948, Sultan Abdul Aziz Almuttasim Billah Shah (Sultan Perak ke 31) telah mangkat selepas memerintah negeri Perak selama lebih 10 tahun sejak tahun 1938.

Baginda Almarhum Sultan Abdul Aziz Almuttasim Billah Shah (Sultan Perak ke 31) telah mangkat secara mengejut ketika baginda sedang berehat di istana peranginan di bandar Lumut.

Jenazah baginda kemudian telah dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan telah dimakamkan di perkuburan raja-raja Perak di Bukit Chandan.

Almarhum Sultan Abdul Aziz Almuttasim Billah Shah (Sultan Perak ke 31) telah diputerakan pada tarikh 14 November 1887 dan baginda adalah merupakan putera kepada Raja Musa yang merupakan bekas Raja Muda Perak.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak Ke 31)

Baginda Almarhum Sultan Abdul Aziz Almuttasim Billah Shah telah ditabalkan menjadi Sultan negeri Perak yang ke 31 pada tarikh 4 Mac 1938 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30).

Baginda telah menerima pendidikan awal di Anglo Chinese School Ipoh, King Edward VII, Taiping dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Sebelum ditabal menjadi Sultan Perak, baginda adalah merupakan Raja Muda Perak yang telah dilantik sejak tahun 1919.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak Ke 31)

Pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, baginda telah meninggalkan istana dan kemudian bersemayam di Kuala Kenas. Apabila tentera Jepun mengaku kalah dalam tahun 1945, barulah baginda pulang semula dan berkuasa semula sebagai seorang sultan.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak Ke 31)

Semasa hayat baginda, baginda pernah menjadi pegawai dalam kerajaan Inggeris iaitu sebagai Pegawai Tanah dalam tahun 1909, Penolong Pegawai Daerah di Hulu Perak dalam tahun 1911, Penolong Pegawai Daerah Larut Dan Matang dalam tahun 1922 dan Penolong Pegawai Daerah Lenggong dalam tahun 1915.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak Ke 31)

Baginda Almarhum Sultan Abdul Aziz Almuttasim Billah Shah (Sultan Perak ke 31) juga adalah merupakan bekas ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak dan Majlis Mesyuarat Persekutuan.

Jasa baginda yang paling besar kepada negeri Perak ialah mengadakan peraturan tanah yang bergeran merah atau peraturan Tanah Simpanan Melayu. Di samping itu, baginda sentiasa mengambil berat tentang kehidupan rakyatnya.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak Ke 31)

  • The Malay Mail, 30 Mac 1948, hal. 5
  • Abdullah Haji Musa, Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, Penerbitan Qalam, Singapura, hal. 107

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here