Peristiwa Pahlawan Pahang Berundur Ke Terengganu

Pada tarikh 10 April 1895, Hugh Clifford selaku Residen British di negeri Pahang pada waktu itu telah sampai ke Kuala Terengganu dengan satu angkatan tentera yang lengkap bersenjata.

Mereka bertujuan untuk mencari dan menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang yang berundur ke Hulu Terengganu selepas menentang pihak British yang telah masuk campur dalam urusan pentadbiran di negeri Pahang.

Antara pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang yang dimaksudkan itu adalah Datuk Bahaman, Tok Gajah (Katib Rasu), Mat Kilau, Mat Lela, Awang Nong dan Teh Ibrahim.

Pasukan tentera Hugh Clifford secara keseluruhannya terdiri daripada 252 orang tentera yang mana 190 orang daripadanya adalah orang-orang yang berbangsa Melayu sendiri.

Peristiwa Pahlawan Pahang Berundur Ke Terengganu

Hugh Clifford, Residen British Pahang

Hugh Clifford telah lalukan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dari penduduk di Terengganu dan Kelantan berkenaan dengan pergerakan pahlawan Melayu dari negeri Pahang tersebut.

Beliau juga mengeluarkan wang untuk membeli maklumat daripada orang ramai, namun segala usaha beliau semuanya menemui jalan buntu, gagal dan tidak mendatangkan sebarang hasil.

Sehinggakan sampai ke satu tahap, Hugh Clifford kerah penduduk setempat untuk melakukan sumpah dengan Al-Quran di atas kepala untuk mendapatkan keterangan dan maklumat yang diperlukan olehnya.

Taktik peperangan seakan sepit udang yang mengepung laluan untuk pergerakan oleh Hugh Clifford juga telah dilakukan dengan bertujuan untuk menyekat bekalan makanan lantas secara tidak langsung mengharapkan pahlawan Melayu negeri Pahang ini akan keluar dan menyerah diri.

Namun semua usaha Hugh Clifford dalam pencarian ini gagal. Hugh Clifford menyatakan bahawa orang-orang Melayu bersatu dalam membantu pergerakan pahlawan Melayu dari negeri Pahang ini.

Ada satu ketika, Hugh Clifford ada mengesyaki bahawa pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang ini sedang bersembunyi di dalam kawasan rumah Engku Saiyid Keramat yang terletak di Kampung Paluh, Kuala Terengganu.

Lantas kemudian, Hugh Clifford meminta bantuan daripada Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu dan Engku Saiyid Keramat untuk menangkap mereka yang dianggap sebagai pemberontak itu.

Baginda Sultan Zainal Abidin menolak untuk membantu Hugh Clifford dalam menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang ini kerana tidak mahu turut serta dalam membinasakan orang-orang yang sebangsa dan seagamanya sendiri.

Peristiwa Pahlawan Pahang Berundur Ke Terengganu

*gambar hiasan

Engku Saiyid Keramat kemudian bertemu dengan pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang dan menyuruh mereka berlindung di Besut serta menggalakkan mereka untuk terus berjuang menentang pihak British.

Selepas tiga bulan Hugh Clifford menjalankan operasi untuk menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang akhirnya gagal dan tidak berjaya sehingga pada tarikh 17 Jun 1985, Gabenor telah mengarahkan Hugh Clifford untuk pulang ke Pahang.

Operasi yang gagal dari tujuan utamanya untuk menangkap pahlawan-pahlawan Melayu negeri Pahang yang dianggap sebagai pemberontak itu telah menelan belanja sebanyak $7,393.83.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here