Peristiwa Panchor Ditawan Oleh Raja Kechil

Pada tarikh 21 Mac 1718, Panchor iaitu ibu kota kepada empayar Johor-Riau-Lingga telah jatuh ke tangan Raja Kechil dari negeri Siak yang kemudiannya Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan kepada empayar Johor-Riau-Lingga.

Raja Kechil dari negeri Siak yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan empayar Johor-Riau-Lingga itu dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

Pertelingkahan antara empayar Johor dengan negeri Siak sebenarnya bermula diantara tahun 1708 hingga tahun 1715 lagi. Dalam tempoh 2 tahun itu Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil yang bersemayam di Pulau Riau telah mengarahkan Yamtuan Muda Tun Mahmud telah menyerang negeri-negeri di Pulau Sumatera seperti Inderagiri, Batu Bara dan Deli.

Kebetulan pula pada masa itu Raja Kechil baru sahaja menguasai negeri-negeri tersebut dari Raja Pagar Ruyong di Minangkabau. Setelah mendapat kejayaan Sultan Abdul Jalil telah balik ke negeri Johor dan mendirikan kota baru di Panchor, Kuala Sungai Tukul.

Dalam tahun 1717, Raja Kechil telah menguatkan angkatan tenteranya untuk menyerang Johor. Sebelum melancarkan serangan ke atas Panchor, Raja Kechil telah mengutuskan beberapa orang pembesarnya untuk berjumpa dengan Raja Negara iaitu ketua orang laut di Singapura dan orang Melayu untuk bersuhabat dengan Raja Kechil.

Orang-orang Raja Kechil juga telah menyebarkan berita angin yang kononnya Raja Kechil itu adalah putera kepada Sultan Mahmud Shah Mangkat di Julang dan rancangan Raja Kechil untuk mengganggu ketenteraman di Johor ternyata berjaya.

Orang laut yang menjadi tulang belakang pertahanan empayar Johor-Riau-Lingga telah bersetuju untuk berpaling tadah.

Peristiwa Panchor Ditawan Oleh Raja Kechil

Rancangan Raja Kechil ini kemudiannya telah diketahui oleh Yamtuan Muda Tun Mahmud dan terus menyerang angkatan Raja Kechil di Kuala Sungai Johor. Dalam pertempuran ini, Raja Kechil mencapai kejayaan dan beliau mula menyusun strategi untuk menawan kota Panchor dimana Sultan Abdul Jalil masih bertahan.

Setelah merancang dan menunggu selama tiga bula, maka pada tarikh 21 Mac 1718, Raja Kechil telah menyerang kota Panchor dan akhirnya berjaya menawan kota tersebut.

Sultan Abdul Jalil telah sempat melarikan diri ke Pahang. Sejurus selepas itu Raja Kechil telah menjadi Sultan empayar Johor-Riau-Lingga dan beliau telah dapat memegang takhta tersebut untuk selama empat tahun.

Raja Kechil telah diusir dari empayar Johor-Riau-Lingga oleh Raja Sulaiman yang merupakan salah seorang putera kepada Sultan Abdul Jalil dengan bantuan orang-orang Bugis pada tahun 1722.

Rujukan:

  • Haji Buyung Adil, Sejarah Johor, hal. 91

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here