Peristiwa Penerimaan Lagu Rasmi Selangor

Pada tarikh 16 Februari 1967, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah mempersetujui untuk menerima lagu Duli Yang Maha Mulia yang diubah dan disusun oleh Encik Saiful Bahri sebagai lagu rasmi yang baru buat negeri Selangor.

Lagu ini diterima oleh Majlis Mesyuarat Dewan Di Raja bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor ke 8) pada tarikh 20 Februari 1967 dan telah dirasmikan pada tarikh 8 Mac 1967.

Sebelum lagu rasmi negeri Selangor sekarang ini iaitu lagu Duli Yang Maha Mulia, lagu rasmi negeri Selangor yang pertama adalah bertajuk Cantik Manis. Ia adalah sebuah lagu melayu yang dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke 5) bersama-sama dengan Raja Haji Bot.

Ahli-ahli pancaragam yang memainkan lagu ini terdiri daripada orang-orang Filipina dan tiga orang India dengan diketuai oleh orang Filipina bernama Daniel Ortega.

Peristiwa Penerimaan Lagu Rasmi Selangor

Lagu rasmi negeri Selangor yang kedua pula adalah sebuah lagu yang berentak lagu barat dan telah mula dimainkan kira-kira sejak pada tahun 1908 lagi.

Lagu ini telah digubah oleh Daniel Ortega dan senikatanya telah disusun oleh Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor. Memandangkan lagu rasmi negeri Selangor yang kedua ini kurang mempunyai unsur-unsur seni melayu, satu cadangan untuk mengubah lagu rasmi negeri Selangor telah timbul.

Peristiwa Penerimaan Lagu Rasmi Selangor

Encik Saiful Bahri

Maka dalam mesyuarat Dewa Di Raja Selangor pada tarikh 26 November 1963, Duli Yang Maha Mulia Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor ke 8) mencadangkan supaya satu lagu lain dipilih dengan cara bertanding.

Peristiwa Penerimaan Lagu Rasmi Selangor

Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor ke 8) ketika muda

Akhirnya pada tarikh 16 Februari 1967, lagu bertajuk Duli Yang Maha Mulia telah dipersetujui untuk diterima sebagai lagu rasmi buat negeri Selangor dan telah diguna pakai sehingga ke hari ini.

Rujukan:

  • Cenderamata Keputeraan Dulia Yang Maha Mulia Sultan Selangor, 10 Mac 1970.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here