Peristiwa Pengeboman Muzium Negeri Selangor

Pada tarikh 10 Mac 1945, sebuah jet pejuang Amerika B-29 telah menggugurkan dua butir bom yang ditujukan ke arah padang tempat menyimpan gerabak keretapi lebih kurang 600 meter dari bangunan Muzium Negeri Selangor.

Tetapi malangnya, bom tersebut telah jatuh tepat pada bangunan muzium lantas telah merobohkan balai sebelah timur dan bahan-bahan pameran di dalam bangunan tersebut.

Antara bahan-bahan pameran yang musah termasuklah contoh binatang-binatang yang ada di Tanah Melayu dan pelbagai koleksi lain yang telah dikumpulkan oleh bekas kurator H.M. Pendlebury.

Bangunan Muzium Negeri Selangor yang telah terkena bom ini siap dibina dalam tahun 1906. Sebelum bangunan ini siap dibina, koleksi bahan-bahan muzium negeri Selangor yang telah dikumpulkan sejak 1887 telah ditempatkan di kediaman Sultan Abdul Samad di Bukit Nenas.

Peristiwa Pengeboman Muzium Negeri Selangor

Usaha-usaha dalam mengumpulkan bahan sejarah negeri Selangor ini telah dijalankan oleh John Klyne yang merupakan seorang Penguasa Kerja Raya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Setelah bangunan ini siap dibina dalam tahun 1906, akhirnya negeri Selangor kini mempunyai sebuah bangunan muzium yang tetap namun malang selaki bangunan asal telah terkena bom sewaktu perang dunia yang turut melanda negara ketika itu..

Berikutan dengan peristiwa pengeboman ini, usaha-usaha untuk menyelamatkan bahan-bahan yang masih ada telah dijalankan. Usaha ini telah dijalankan oleh Encik Bachik Bin Mohd Tahir yang merupakan seorang kerani Penyelenggara Muzium.

Usaha Encik Bachik Bin Mohd Tahir turut dibantu oleh 50 orang kerani dari pejabat-pejabat lain dalam kerajaan. Bahan-bahan yang dijumpai selamat kemudian ditempatkan di Sekolah Convent, Bukit Nanas.

Apabila sekolah tersebut dibuka semuladalam bulan November 1945, koleksi bahan muzium ini kemudian dipindahkan pula ke muzium negeri Perak yang terletak di Taiping.

Peristiwa Pengeboman Muzium Negeri Selangor

Proses pemindahan ini telah mengakibatkan banyak barangan dan koleksi sejarah hilang dan rosak. Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu iaitu Jeneral Sir General Templer telah mengarahkan pembinaan sebuah bangunan kecil satu tingkat di atas tapak yang sama untuk dijadikan sebagai tapak pameran sementara.

Bangunan kecil ini telah dirasmikan pada tarikh 11 Februari 1953. Ia kekal sebagai tempat pameran sehingga tahun 1959 dan kemudian ia telah dirobohkan kerana ingin mendirikan bangunan muzium Negara yang ada sekarang ini dan ia telah dirasmikan pad atarikh 31 Ogos 1963.

Rujukan:

  • Directory of Museums in Malaysia, Muzium Negara, 1977, hal. 1
  • Malaya in History, vol 8 April 1964, hal. 33

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 31 = 41