Peristiwa Penubuhan Dan Perkembangan Radio Malaya

Pada tarikh 2 April 1946, berlaku satu lembaran sejarah penting yang mana Jabatan Penyiaran dan juga dikenali dengan Radio Malaya telah ditubuhkan dan ibu pejabat pengurusannya terletak di Singapura.

Dengan tertubuhnya jabatan ini, maka tamatlah perkhidmatan penyiaran dibawah pentadbiran Tentera British. Sejak ia ditubuhkan, Radio Malaya memainkan peranan yang cukup penting kepada rakyat di seluruh negara.

Sewaktu darurat yang berlaku dalam tahun 1948 hingga 1951, Radio Malaya telah menyiarkan Siaran Darurat dalam usaha untuk menentang dakyah dan keganasan komunis dalam negara.

Menjelang kemerdekaan, Radio Malaya mainkan peranan untuk mendidik dan membimbing rakyat dalam menghadapi satu kehidupan baru dalam negara yang merdeka dan berdaulat.

Peristiwa Penubuhan Dan Perkembangan  Radio Malaya

Dalam tahun 1959, ibu pejabat perkhidmatan Radio Malaya ini telah dipindahkan dari Singapura ke Rumah Persekutuan di Kuala Lumpur. Dari Rumah Persekutuan ini, rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa.

Bahasa tersebut adalah seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang kemudiannya dikenali sebagai Rangkaian-Rangkaian Nasional, Biru, Hijau dan Merah.

Apabila Malaysia ditubuhkan pada tarikh 16 September 1963, nama Radio Malaya bertukar ke Radio Malaysia dan siarannya meluas meliputi Sabah dan Sarawak.

Dalam tahun 1963 selepas penubuhan Malaysia, Jabatan Penyiaran mulakan siaran daerahnya untuk memberi perkhidmatan yang lebih meluas kepada orang ramai supaya dapat diterima dan difahami oleh rakyat.

Siaran daerah yang pertama dimulakan adalah pada tarikh 16 November 1963 apabila stesen daerah Kota Bharu ditubuhkan. Bagaimanapun, stesen daerah ini dirasmikan pada tarikh 6 November 1963.

Pada tarikh 15 Febuari 1963, Radio Malaya kemudian melancarkan Siaran Luar Negeri yang dikenali sebagai Suara Malaya yang diketengahkan dalam 3 jenis dan ia bertujuan untuk mengetengahkan imej negara di negara jiran.

Apabila Malaysia ditubuhkan, nama dari Suara Malaya ditukarkan ke Suara Malaysia yang dijalankan dengan 8 jenis bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Thai, Arab, Filipina, Melayu dan Burma.

Bidang penyiaran bergerak maju setapak setelah perkhidmatan televisyen dimulakan pada tarikh 28 Disember 1963. Segala kegiatan dan penerbitan rancangan dijalankan di studio sementara di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Peristiwa Penubuhan Dan Perkembangan  Radio Malaya

Apabila studio di Kompleks Angkasapuri yang terletak di Bukit Putra siap, TV Malaysia mulakan siaran dari sana pada 6 Oktober 1969 melalui Rangkaian Pertama. Dalam bulan November 1969, Rangkaian ke dua pula dilancarkan dan diikuti dengan Rangkaian ke tiga dalam bulan November 1971.

Pada tarikh 11 Oktober 1969, Radio Malaya dan TV Malaysia telah bergabung menjadi satu jabatan yang kukuh serta utuh dalam peranannya dan dikenali dengan nama Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pada tarikh 19 April 1972 pula, Rangkaian Nasional Radio Malaysia mulakan siaran 24 jam sehari tanpa henti manakala siaran bagi rangkaian lain juga turut bertambah masanya.

9 Mei 1972, Radio Malaysia kemudian telah berpindah ke bangunannya yang tersendiri iaitu Wisma Radio yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan penyiaran yang moden dan canggih.

Selaras dengan perkembangan pesat di ibu negara, Radio Malaysia telah mulakan Siaran Ibukota pada tarikh 5 November 1973. Kemudian pada 20 Jun 1975, Siaran FM Stereo pula dilancarkan.

Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih bermutu kepada orang ramai, Jabatan Penyiaran menerusi TV Malaysia telah memulakan siaran warna pada tarikh 28 Disember 1978.

Peristiwa Penubuhan Dan Perkembangan  Radio Malaya

Ianya dimulakan dengan Rangkaian Nasional dan Pertama setelah 15 tahun TV Malaysia dilancarkan. Kemudian, ia diikuti dengan Rangkaian ke dua pada tarikh 7 Mei 1979 dan Rangkaian ke tiga pada tarikh 31 Ogos 1980.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here