Peristiwa Penubuhan Malayan Union

Tarikh 1 April 1946 amat penting menandakan berakhirnya pemerintahan Pentadbiran Tentera British atau BMA dan bermulanya sistem pentadbiran awam yang diisytiharkan sebagai Malayan Union.

Penubuhan Malayan Union adalah persetujuan untuk menjadikan sembilan buah negeri-negeri Melayu bersama-sama dengan Melaka dan Pulau Pinang daripada sebuah negeri naungan kepada sebuah negeri jajahan yang diketuai oleh seorang Gabenor British.

Dibawah pentadbiran ini, semua bidangkuasa Raja-Raja Melayu termasuk hak menentukan dasar luar negeri akan diambil alih oleh Gabenor Malayan Union secara keseluruhan.

Walaupun begitu, Raja-Raja Melayu tetap diberikan hak terhadap agama Islam tetapi tidak mempunyai kuasa mutlak ke atasnya kerana baginda hanya bertaraf Ahli Biasa dalam Majlis Mesyuarat Agama yang dipegerusikan oleh seorang yang beragama Krisitian iaitu Gabenor British.

Peristiwa Penubuhan Malayan Union

Melalui lunas Jus Soli perlembagaan Malayan Union memberi taraf kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union. Penghijrah-penghijrah masuk yang menetap di Tanah Melayu juga diberikan kemudahan-kemudahan kerakyatan.

Rasa marah dan tidak senang oleh orang-orang Melayu terhadap sikap memaksa yang dilakukan oleh Sir Harold MacMichael dalam mendapatkan persetujuan dan tandatangan Raja-Raja Melayu, disamping peraturan-peraturan dalam perlembagaan Malayan Union itu sendiri telah menyedarkan orang-orang Melayu.

Orang-orang Melayu akhirnya sedar bahawa dibawah pentadbiran baru ini bukan sahaja kerajaan Islam di Tanah Melayu akan terhapus, malah hak-hak dan indentiti bangsa Melayu juga akan turut terkubur dari tanah air mereka sendiri.

Peristiwa Penubuhan Malayan Union

Oleh yang demikian, pada tarikh 1 Mac 1946, sebanyak 41 Pertubuhan Melayu telah menubuhkan Kongres Melayu di seluruh Tanah Melayu untuk menyatupadukan suara dan tenaga orang Melayu untuk menentang penubuhan Malayan Union.

Upacara perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union kemudian telah dipulau oleh Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu. Mereka berhimpun di hadapan Station Hotel dan membantah tentang perlantikan tersebut.

Tentangan orang-orang Melayu semakin bertambah hebat dengan lahirnya UMNO pada tarikh 11 Mei 1946. UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang tersusun telah melancarkan rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union di seluruh negara.

Peristiwa Penubuhan Malayan Union

Keadaan ini akhirnya telah memaksa pihak kerajaan British mencari penyelesaian dengan mengadakan rundingan dengan pihak UMNO dan Raja-Raja Melayu.

Dalam bulan Julai 1946, sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 orang wakil Raja-Raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO serta 6 orang pegawai kanan British telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh ketua setiausaha bagi Tanah Jajahan.

Jawatankuasa ini telah diberi mandat dalam merangka perlembangaan baru dalam membentuk rancangan sementara yang dapat diterima oleh orang-orang Melayu dan dapat mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap serta membentuk asas kemajuan politik dan perlembagaan masa hadapan.

Laporan Jawatankuasa Kerja ini yang telah dikeluarkan dalam bulan Disember 1947 adalah menjadi asas kepada Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Persekutuan Tanah Melayu lahir pada tarikh 1 Februari 1948.

Peristiwa Penubuhan Malayan Union

Ia lahir dengan kuatkuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada tarikh 21 Januari 1948. Dengan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu ini, maka tamatlah riwayat Malayan Union.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here