Peristiwa Penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pada tarikh 14 Mac 1972, sebuah universiti telah ditubuhkan dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang mempunyai taraf sebagai universiti dalam negara kita, Malaysia.

Pada tarikh 1 April 1975, nama Institut Teknologi Kebangsaan kemudian ditukarkan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah merupakan universiti ke 5 yang ditubuhkan di Malaysia.

Sejarah perkembangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebenarnya bermula sejak tahun 1925 lagi apabila Jabatan Kerja Raya mula menubuhkan Sekolah Teknik untuk melatih pelatih teknik jabatan tersebut.

Beberapa jabatan lain juga turut menubuhkan bahagian latihan teknik untuk memenuhi keperluan jabatan masing-masing. Dalam tahun 1930, Sekolah Teknik Jabatan Kerja Raya dan semua bahagian latihan jabatan-jabatan lain itu telah disatukan menjadi pusat latihan teknik untuk melatih pembantu-pembantu teknik untuk perkhidmatan kerajaan seluruh negara.

Dengan berasaskan pusat latihan teknik ini, maka terbentuklah Maktab Teknik pada 16 September 1946 atas cadangan Jawatankuasa Penasihat Sekolah Teknik dengan Jabatan Pelajaran.

Peristiwa Penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Setelah berpindah dari bangunan di Jalan Brickfields ke bangunan di jalan High Street dan kemudian ke bangunan Sekolah Maxwell di Jalan Ipoh, Maktab Teknik ini telah diperuntukkan bangunan sendiri di Jalan Gurney pada tahun 1955.

Bermula pada tahun 1960, Maktab Teknik telah menyelaraskan kursus-kursus bagi membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan iktisas kejuruteraan seperti Institution of Civil Engineers, Institution of Electrical Engineers dan Institution of Mechanical Engineers United Kingdom.

Akibat dengan perkembangan kurikulum ini, Maktab Teknik kemudian telah diperakui oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada tahun 1969 dan kemudian dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya diberi taraf sebagai sebuah universiti.

Peristiwa Penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menempa sejarah kejayaan di upacara konvokesyen pertamanya pada tarikh 3 Disember 1977 yang mana pada waktu itu Canselor pertama adalah Almarhum Sultan Ismail (Sultan Johor Moden ke 3).

Almarhum Sultan Ismail (Sultan Johor Moden ke 3) telah menganugerahkan ijazah kepada 64 orang graduan ulung bagi pengajian kejuruteraan Awam, Jentera dan Elektrik.

Peristiwa Penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Dengan tertubuhnya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), maka dapatlah dilatih ahli-ahli teknologi yang cekap dan sesuai dengan keperluan dan kehendak negara sejak zaman pembukaannya sehingga ke hari ini.

Rujukan:

  • Universiti Teknologi Malaysia, Sepuluh Tahun Dalam Kenangan 1972 – 1982, hal. 24

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

8 + 2 =