Peristiwa Perarakan Menentang Penubuhan Malayan Union Di Kedah

Pada tarikh 4 Februari 1946, satu perarakan menetang British telah diadakan di negeri Kedah sebagai tanda penentangan orang-orang Melayu Kedah ke atas rancangan Malayan Union.

Perarakan ini adalah merupakan perarakan kali kedua yang diadakan di Kedah setelah terbitnya kertas putih Malayan Union selepas perarakan pertama diadakan di Padang Court pada tarikh 19 Januari 1946.

Perarakan yang diadakan di Padang Court ini telah dianjurkan oleh Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dengan dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang dari Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS, Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan Pemuda Melayu Kedah.

Pada mulanya perhimpunan ini diadakan bagi tujuan menyambut kedatangan Mr M. C. Howard selaku Ketua Hal Ehwal Awam Malaya. Tetapi kedatangan beliau telah dibatalkan dan ia telah diwakili oleh Leftenan Kolonel J. W. Sumerbill iaitu seorang pegawai tentera British.

Di dalam perhimpunan ini Tuan Haji Hussain Che Dol selaku Yang Dipertua Kesatuan Melayu Melayu Kedah bersama Encik Senu Abdul Rahman selaku setiausaha agung SEBERKAS telah menghuraikan rancangan Malayan Union dan kandungan kertas putih.

Peristiwa Perarakan Menentang Penubuhan Malayan Union Di Kedah

Bendera Malayan Union

Kedua-duanya telah menekankan bantahan yang keras serta mengkritik penubuhan Malayan Union yang dianggap mencabul kedaulatan bangsa Melayu dan rakyat di negara ini.

Kritikan tersebut telah dinafikan oleh Leftenan Kolonel J. W. Sumerbill yang menyatakan bahawa kerajaan British tidak berniat untuk mengambil hak Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan menggadai negara ini.

Peristiwa Perarakan Menentang Penubuhan Malayan Union Di Kedah

Apa pun alasan British mengenai Malayan Union, namun ianya tidak dapat meyakinkan orang-orang Melayu di Kedah bahawa hak mereka akan terpelihara sekiranya rancangan penubuhan Malayan Union diteruskan.

Rujukan:

  • Warta Negara, 6 Februari 1946, hal. 1
  • Satu Kajian Sejarah Pergerakan Politik Orang-Orang Melayu, hal. 160

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

23 − = 21