Peristiwa Perasmian Masjid Abu Bakar Di Johor Bahru

Pada 2 Februari 1900 bersamaan dengan 1 Syawal 1317, Masjid Abu Bakar di Johor Bahru telah dibuka dengan dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor ke 22 dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung).

Keberangkatan Sultan Ibrahim ke upacara yang gilang-gemilang itu didahului dengan tembakan meriam sebanyak 21 das dan disambut oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad.

Masjid ini diberi nama sebagai Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Peristiwa Perasmian Masjid Abu Bakar Di Johor Bahru

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau, menghala ke arah Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir.

Peristiwa Perasmian Masjid Abu Bakar Di Johor Bahru

Menara masjid ini berbentuk dua tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid Abu Bakar ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam untuk bersolat.

Peristiwa Perasmian Masjid Abu Bakar Di Johor Bahru

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif Bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato’ Yahya Bin Awalluddin.

Peristiwa Perasmian Masjid Abu Bakar Di Johor Bahru

Masjid ini juga adalah merupakan mercu tanda yang membuktikan bahawa jutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah dan Timur Tengah pada hujung abad ke 19.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here