Peristiwa Perjanjian Perak Dengan Belanda

Pada tarikh 13 Mac 1753, satu perjanjian perdagangan telah ditandatangani diantara Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 15) dengan Thomas Schippore yang merupakan seorang saudagar serta Pesuruhjaya bagi pihak Syarikat Hindia Timur Belanda.

Antara kandungan penting yang terdapat dalam perjanjian perdagangan ini ada menyebutkan tentang mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia ada diantara Sultan dengan Syarikat Hindia Timur Belanda.

Selain itu, Sultan Perak bersetuju akan menjual semua keluaran bijih timah dari Perak dan kawasan-kawasan di bawah kawalannya kepada pihak Kompeni dan pihak Kompeni akan membayar 26 ducatoon atau 32 ringgit Sepanyol atau 375 paun Belanda bagi setiap satu bahara timah.

Di samping itu, Syarikat Hindia Timur Belanda hanya dimestikan membayar 2 ringgit Sepanyol sebagai toll bagi setiap bahara timah.

Peristiwa Perjanjian Perak Dengan Belanda

Sebahagian kandungan perjanjian

Para pengeluar bijih timah dimestikan membawa bijih timah masing-masing ke kota Kompeni sebagaimana yang mereka lakukan sekarang. Manakala timbangan dan sukatan mestilah mengikut apa yang digunakan oleh pihak Kompeni.

Sultan Perak dikehendaki mengeluarkan perintah dengan serta merta kepada seluruh negeri iaitu mana-mana kapal yang ingin keluar dari negeri Perak mestilah terlebih dahulu singgah di Kota Kompeni untuk diperiksa.

Persetujuan ini sebenarnya telah dicapai dalam satu perjanjian yang telah ditandatangani terdahulu daripada itu oleh bekas Sultan Perak sebelumnya iaitu Sultan Muzaffar (Sultan Perak ke 14) dengan pihak kompeni dalam tahun 1756.Di bawah perjanjian ini, pihak Sultan Perak berjanji akan menjual segala bijih timah kepada Kompeni dengan harga yang tetap.

Sesiapa yang didapati menyeludup bijih timah jika ianya ditangkap, segala muatannya akan dirampas. Separuh daripada hasil rampasan ini akan diberikan kepada Sultan dan selebihnya bergantunglah kepada pertimbangan Kompeni.

Akhirnya, Sultan Perak berjanji untuk menawarkan kerjasama yang rapat kepada Syarikat Hindia Timur Belanda dalam semua bidang khususnya dalam mempertahankan kedudukan diantara kedua-dua belah pihak terhadap sebarang ancaman musuh. Pihak Syarikat juga berjanji akan cuba sedaya upaya untuk tiada menimbulkan sebarang kesulitan dan gangguan di negeri Perak.

Nyatalah perjanjian yang ditandatangani pada tarikh 13 Mac 1753 ini, Syarikat Hindia Timur Belanda mempunyai tujuan untuk monopoli seluruh perniagaan bijih timah di Perak bagi menghadapi saingan kuasa-kuasa asing.

Rujukan:

  • Perak: The Abode of Grace – A Study of an Eighteenth Century Malay State oleh Barbara Watson Andaya, hal. 406.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here