Peristiwa Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson

Pada tarikh 15 Mac 1882, Mesyuarat Dewan Negeri Perak telah menukar nama Teluk Mak Intan kepada nama Teluk Anson dan pertukaran nama ini telah dicadangkan oleh Residen Inggeris di negeri Perak.

Residen Inggeris di negeri Perak pada waktu itu adalah Sir Hugh Low dan cadangan pertukaran nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson adalah sebagai mengenang jasa General Archibald Anson iaitu individu yang pernah menjadi Pegawai Daerah Hilir Perak.

Terdapat cerita yang menarik untuk diketahui umum tentang bagaimana sebuah teluk di Kuala Sungai Perak telah diberi nama sebagai Teluk Mak Intan yang hari ini dikenali sebagai Teluk Intan.

Peristiwa Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson

Menurut cerita, antara penduduk yang mula-mula mendiami kampung ini adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Mak Intan. Mak Intan ini adalah anak kepada seorang yang amat berpengaruh.

Pada satu hari, Mak Intan telah tercicir pacak intan di sanggulnya dan hilang ke dalam sungai. Oleh kerana itu, peristiwa tersebut seringkali disebut orang dan lama-kelamaan kampung tersebut digelar sebagai Teluk Mak Intan.

Peristiwa Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson

General Archibald Anson

Dalam tahun 1880, iaitu enam tahun selepas campur tangan Inggeris di negeri Perak. Lokasi pusat pentadbiran Hilir Perak ialah di Durian Sebatang dan General Archibald Anson telah dilantik menjadi Pegawai Daerah Hilir Perak.

Peristiwa Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson

General Archibald Anson mendapati bahawa Teluk Mak Intan lebih sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran Inggeris. Oleh yang demikian, beliau telah memindahkan pusat pentadbiran ke lokasi baru.

Beliau juga telah menyusun semula kedudukan dan pelan pekan Teluk Mak Intan. Sebagai mengenang jasa beliau dalam pembangunan di Teluk Mak Intan, maka nama Teluk Mak Intan ditukar kepada nama Teluk Anson selepas beliau bersara dalam tahun 1882.

Peristiwa Pertukaran Nama Teluk Mak Intan Kepada Teluk Anson

Apabila nama Teluk Anson digunakan selama 100 tahun dan dalam masa yang sama negara juga sudah mencapai kemerdekaan, nama Teluk Anson kemudian telah ditukarkan ke Teluk Intan untuk menghidupkan semula sebahagian daripada nama asalnya.

Rujukan:

  • R.J. Wilkinson, Council Minutes 1880 – 1882, Papers On Malay Subjects, hal. 36
  • Khoo Kay Kim, Teluk Anson 100 Tahun, hal. 4
  • Penerangan Malaysia
  • https://friendsofhastingscemetery.org.uk/andonsae2.html

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here