Peristiwa Piala Thomas Disambut Pulang Ke Malaysia 1968

Piasa Thomas adalah merupakan lambang keagungan dalam sukan badminton di seluruh dunia yang mana kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa.

Tarikh 27 Mac 1968 adalah merupakan tarikh yang cukup bermakna buat peminat sukan badminton tanah air kerana pada tarikh tersebut, atlet negara telah berjaya membawa pulang Piala Thomas.

Piala Thoas telah disambut dengan penuh gilang gemilang apabila setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Pada waktu itu, Encik Mohd Khir Johari adalah merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia.

Encik Mohd Khir Johari telah mengetuai rombongan dari London untuk membawa pulang Piala Thomas yang telah dimenangi oleh atlet negara. Menteri Penerangan iaitu Encik Senu Bin Abdul Rahman menyambut ketibaan Piala Thomas di Subang.

Peristiwa Piala Thomas Disambut Pulang Ke Malaysia 1968

Pada waktu itu, lebih 5,000 orang termasuk orang-orang kenamaan, peminat sukan badminton, kanak-kanak sekolah dan ramai lagi yang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Pekikan “BERJAYA!!” yang bergema dan berulang-ulang kali masih lagi terngiang-ngiang hari ini buat mereka yang berada di sana pada waktu itu walaupun ianya sudah lama berlalu.

Peristiwa Piala Thomas Disambut Pulang Ke Malaysia 1968

Piala Thomas kemudian dibawa turun oleh ketua pasukan badminton Malaysia iaitu Teh Kew San bersama-sama dengan pemain lain seperti Tan Aik Huang, Tan Aik Mong, Tan Yee Khan, Ng Boon Bee, Billy Ng, Yew Jin Mee dan Abdul Rahman Mohamad.

Kemudian, Piala Thomas dibawa berarak di hadapan orang ramai untuk dipersembahkan dari jarak dekat. Dari Subang, piala tersbeut telah dibawa berarak ke Kuala Lumpur dengan melalui jalan-jalan utama.

Pada mulanya, Piala Thomas ini telah ditempatkan di Bangunan Parlimen, kemudian ia dibawa berarak ke Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Peristiwa Piala Thomas Disambut Pulang Ke Malaysia 1968

Sewaktu Piala Thomas dibawa ke negeri-negeri tersebut, semua sekolah di negeri itu akan ditutup sebagai cuti kelapangan sempena memperingati kejayaan Malaysia dalam merampas semula Piala Thomas.

Peristiwa ketibaan Piala Thomas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tarikh 27 Mac 1968 ini adalah merupakan sempena kemenangan yang ke empat dalam rekod sejarah Piala Thomas.

Peristiwa Piala Thomas Disambut Pulang Ke Malaysia 1968

Kali pertama Piala Thomas ini dimenangi sewaktu negara kita dikenali sebagai Malaya dalam tahun 1949. Kali kedua dimenangi dalam tahun 1952 dan kali ke tiga dalam tahun 1955.

Sebagai makluman tambahan, kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden Badminton World Federation iaitu Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.

Rujukan:

  • Penerangan Malaysia
  • Berita Harian, 28 Mac 1968, hal. 9

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

28 − = 22