Peristiwa Sabotaj Keretapi Oleh Pengganas Komunis

Pada tarikh 12 April 1956, pengganas komunis telah meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak. Kejadian ini adalah merupakan kegelinciran keretapi yang paling dahsyat dalam sejarah darurat.

Letupan itu telah menyebabkan kepala keretapi dan 8 buah gerabak barang-barang tergelincir dari landasannya. Pihak pengganas komunis telah menggunakan dinamit untuk letupkan 150 kaki landasan keretapi itu.

Walaubagaimanapun, tidak ada nyawa yang terkorban dalam peristiwa sabotaj keretapi oleh pengganas komunis tersebut. Hanya terdapat 3 orang yang menerima kecederaan kecil.

Peristiwa Sabotaj Keretapi Oleh Pengganas Komunis

Kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan terhadap peristiwa sabotaj oleh pengganas komunis ini dianggarkan kira-kira lebih daripada $100,000.

Kegiatan sabotaj keretapi oleh pengganas komunis ini adalah merupakan taktik perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk melemahkan sistem ekonomi dan perdagangan pemerintah.

Peristiwa Sabotaj Keretapi Oleh Pengganas Komunis

Dalam masa yang sama, pengganas komunis mahu menimbulkan rasa takut dan bimbang dalam kalangan rakyat serta pekerja awam terhadap Parti Komunis Malaya (PKM).

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...