Peristiwa Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor Untuk Menyerang Singapura

Pada tarikh 9 Februari 1942, tentera Jepun yang diketuai oleh General Tomoyuki Yamashita telah menyeberangi Selat Johor di dalam serangan ke atas Pulau Singapura.

Sebelum menyeberangi Selat Johor, tentera udara dan pasukan meriam Jepun telah membedil sasaran-sasaran di Singapura untuk melemahkan pertahanan tentera Inggeris.

Kekuatan Angkatan ke 5 tentera Jepun yang menyeberang Semenanjung Tanah Melayu telah berjaya mengundurkan tentera Inggeris yang bersatu bersama-sama pasukan tentera India dan pasukan tentera Australia.

Setelah seluruh Tanah Melayu dikuasai, tentera Jepun mula mara menuju ke Singapura. Walaupun tambak Johor telah dimusnahkan oleh tentera Inggeris, tentera Jepun berjaya menyeberangi Selat Johor.

Peristiwa Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor

Tentera Jepun telah berjaya menyeberangi Selat Johor dengan melalui bahagian yang paling sempit sekali di Selat Johor iaitu di bahagian barat laut Pulau Singapura.

Peristiwa Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor

Keadaan pantai di kawasan barat laut Pulau Singapura dipenuhi dengan paya lumpur dan berhutan lantas ia memberikan kelebihan kepada tentera Jepun kerana tentera Inggeris yang sedang bertahan langsung tidak menyangka pihak lawan akan menggunakan jalan tersebut.

Peristiwa Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor

Serangan udara oleh pihak tentera Jepun telah memusnahkan kubu-kubu Inggeris dan merosakkan sistem bekalan air pihak tentera Inggeris. Gudang di Bukit Timah yang berperanan untuk membekalkan makanan kepada pasukan tentera Inggeris juga telah turut ditawan oleh tentera Jepun.

Peristiwa Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor

Arah Tentera Jepun menyerang Singapura setelah menyeberangi Selat Johor

Tentera Inggeris juga turut punyai masalah lain yang amat kritikal sewaktu diserang oleh tentera Jepun seperti kekurangan bekalan peluru dan minyak petrol untuk berperang dan pergerakan.

Peristiwa Tentera Jepun Menyeberang Selat Johor

General Tomoyuki Yamashita

Oleh yang demikian, akhirnya tentera Inggeris yang berada di bawah seliaan General Percival terpaksa menyerah kalah dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun pada tarikh 15 Februari 1942.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here