Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Pada 14 Januari 1976, seluruh negara suram dengan suara tangis kerana perdana menteri Malaysia yang ke dua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak telah meninggal dunia.

Allahyarham Tun Abdul Razak telah meninggal dunia di London lebih kurang jam 6.30 petang waktu Malaysia. Asalnya, kehadiran beliau di London adalah untuk mendapatkan rawatan untuk penyakitnya.

Penyakit Allahyarham Tun Abdul Razak adalah acute leukemia dan dengan ketentuan Allah S.W.T. beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu berada di kota London ketika sedang mendapatkan rawatan.

Berita tentang pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak telah disampaikan oleh pemangku perdana menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Tun Hussein Onn ke seluruh negara dengan menerusi radio serta televisyen di Malaysia lebih kurang jam 10.47 malam hari yang sama.

Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak diterbangkan dari kota London ke Malaysia dan telah disembahyangkan di Masjid Negara sebelum disemadikan di Makam Pahlawan.

Allahyarham Tun Abdul Razak adalah merupakan putera sulung kepada Datuk Hussein Bin Mohd Taib (Orang Kaya Shahbandar Pahang) dan beliau telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pahang.

Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Perdana menteri Malaysia yang ke dua ini menerima didikan awal di negeri Pahang dan kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Dalam tahun 1939, Allahyarham Tun Abdul Razak mulakan kerjayanya sebagai pentadbir dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu (MAS). Pada dalam tahun 1940, beliau kembali menyambung pelajaran ke Raffles College Singapore.

Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Setelah taman pelajaran di Raffles College Singapore, Allahyarham Tun Abdul Razak menyambung pelajaran ke Lincolns Inn, London antara tahun 1947 hingga 1949 dalam bidang undang-undang.

Beliau kembali ke tanah air dalam tahun 1969 dan kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi seorang pegawai pentadbir Malaya (MCS).

Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Penglibatan Allahyarham Tun Abdul Razak dalam politik sebenarnya bermula sejak beliau menuntuk di London lagi tetapi beliau mula aktif sejak tahun 1950 apabila dilantik menjadi ketua pemuda UMNO.

Dalam tahun 1951, Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik menjadi Timbalan Yang Di Pertua UMNO sehingga tahun 1970 dan pada tahun 1955, beliau telah dilantik untuk berada dalam kabinet kerajaan sebagai menteri pelajaran.

Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Allahyarham Tun Abdul Razak juga adalah salah seorang dari anggota rombongan merdeka ke London dalam tahun 1956. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam tahun 1970, Allahyarham Tun Abdul Razak telah diangkat menjadi perdana menteri Malaysia dengan menggantikan YTM Tuanku Abdul Rahman yang merupakan perdana menteri Malaysia yang pertama.

Peristiwa Tun Abdul Razak Meninggal Dunia

Sesungguhnya jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdul Razak amat besar kepada negara dan amat wajar sekali digelar sebagai bapa pembangunan negara. Asas-asas pemerintahan yang disediakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sejak dahulu telah membawa negara Malaysia ke arah pembangunan.

Rujukan:

  • Utusan Malaysia, 15 Januari 1976, hal. 1 & 12
  • Berita Harian, 15 Januari 1976, hal. 1
  • Utusan Malaysia, 16 Januari 1976, hal 1 hingga 5

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

9 + 1 =