Perjanjian Bantuan UNESCO Kepada Malaysia

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dalam bahasa Inggeris UN Educational, Scientific and Cultural Organization yang lebih dikenali sebagai UNESCO ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Pada tarikh 20 Januari 1967, satu perjanjian bantuan dalam bidang pembangunan dan pelajaran daripada UNESCO kepada Malaysia telah ditandatangani.

Upara majlis perjanjian tersebut telah diadakan di Maktab Perguruan Lembah Pandai di Kuala Lumpur. Pihak UNESCO telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Agung iaitu Dr. M.S. Adiseshiah dan pihak Malaysia diwakili oleh menteri pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu En. Mohd Khir Johari.

Perjanjian Bantuan UNESCO Kepada Malaysia

Di antara perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah seperti yang tertera dibawah:

  • Pihak UNESCO bersetuju akan membantu menubuhkan sebuah Maktab Teknik di Ipoh, Perak. Bantuan adalah dalam bentuk kelengkapan serta menyediakan tenaga pengajar.
  • UNESCO akan menghantar pakar perancang untuk menubuhkan khutub khanah kebangsaan di Malaysia.
  • UNESCO bersetuju di atas cadangan kerajaan Malaysia untuk mengadakan Maktab Latihan Penyiaran dan Televisyen.
  • UNESCO juga akan memberi khidmat nasihat atas rancangan pelajaran di Malaysia.
  • UNESCO akan mengadakan pegawai penasihat sains di Pejabat Perdana Menteri untuk Malaysia menubuhkan sebuah Majlis Penyelidikan Kebangsaan yang bertanggung-jawab atas dasar dan pentadbiran penyelidikan sains di negara ini.
  • UNESCO juga akan membantu dalam rancangan-rancangan tanah yang dikendalikan di bawah rancangan Pembangunan Luar Bandar.
  • UNESCO bersetuju memberi khidmat nasihat tentang kebudayaan dan belia.
  • UNESCO bersedia membantu meluaskan pendidikan pertanian di negara ini.

Perjanjian Bantuan UNESCO Kepada Malaysia

Dengan termeterainya perjanjian bantan UNESCO kepada Malaysia ini, maka kesan positif daripadanya adalah negara Malaysia telah dapat memperluaskan projek-projek pembangunan serta pendidikan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here