Perjanjian Kerjasama Lalulintas Siam Dengan Negeri Melayu Bersekutu

Pada tarikh 26 Mac 1919, satu perjanjian kerjasama lalulintas telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan Kerajaan Siam.

Pihak Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diwakili oleh Ketua Setiausaha Kerajaan iaitu Edward Lewis Brockman dan Kerajaan Siam pula diwakili oleh Chao Phya Wongsa Nuprabath selaku Menteri Perhubungan.

Perjanjian ini adalah untuk mewujudkan kerjasama diantara Jabatan Keretapi Siam dan Jabatan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam beberapa perkara yang telah dipersetujukan bersama berkenaan dengan:

  • Perjanjian lalulintas dan gunasama bagi kedua-dua buah perhentian di sempadan negara.
  • Laluan gerabak-gerabak keretapi dan kelengkapan-kelengkapannya dari dan ke perhentian keretapi kedua-dua negara sebaliknya.
  • Bayaran bagi menyewa gerabak-gerabak keretapi.
  • Perjalanan terus penumpang-penumpang, bungkusan, binatang-binatang ternakan dan lain-lain jenis barang yang dibawa.
  • Kadar pembahagian yang sama bagi tambang pengangkutan.
  • Bayaran ganti rugi bersabit dengan perjalanan terus.
  • Lain-lain perkara yang difikirkan untuk dimasukkan dengan tujuan untuk menentukan kelincinan dan penjimatan kerja diantara keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Keretapi Siam. Perkara yang dipersetujui dalam perjanjian ini dimaktubkan dalam 7 fasal.

Sesungguhnya, perjanjian ini memberi erti yang besar terhadap sejarah perkembangan perhubungan keretapi di tanah air, disamping merapatkan perhubungan persahabatan antara dua negara.

Perjanjian Kerjasama Lalulintas Siam Dengan Negeri Melayu Bersekutu

Seterusnya, perkhidmatan keretapi Tanah Melayu telah dapat mengandakan perjalanan terus ke sempadan Siam melalui perhentian-perhentian Padang Besar dan Pasir Mas.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here