Perjanjian Penarikan Keluar Tentera British Dari Malaysia

Pada tarikh 20 Mac 1968, satu perjanjian penarikan keluar untuk tentera British dari Malaysia telah ditandatangani diantara Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Jabatan Perang dengan Setiausaha Pasukan Tentera.

Persatuan Kakitangan Jabatan Perang diwakili oleh Encik S.J.H. Zaidi bagi pihak kerajaan Malaysia dan Encik C.E. Starling pula adalah mewakili Setiausaha Pasukan Tentera bagi pihak British.

Upcara perjanjian ini telah disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia iaitu Sir Michael Walker dan Menteri Buruh pada waktu itu iaitu Encik V. Manickavasagam.

Berikutan dengan penarikan tentera British dari Malaysia ini telah mengakibatkan seramai 20,000 orang hilang pekerjaan dan daripada 8,000 orang daripada jumlah tersebut adalah terdiri dari orang awam.

Menurut perjanjian ini, bekas anggota tentera akan dibayar faedah pemberhentian mereka. Dianggarkan pembayaran faedah ini melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM60 juta dan ia dibayar mengikut kelayakan.

Ramai bekas anggota tentera yang telah diberhentikan kerja kebanyakan diserap masuk ke dalam rancangan kemajuan tanah untuk memulakan kehidupan yang baru.

Walaupun Malaysia tidak berpuas hati dengan syarat perjanjian tersebut, namun hakikatnya Malaysia terpaksa menerima memandangkan keadaan ekonomi dan politik yang tidak memuaskan pada waktu itu.

Dengan termetrinya perjanjian ini, maka dengan itu tamatlah hubungan ketenteraan antara Malaysia dengan British. Walaupun begitu, hubungan antara dua negara ini masih lagi kekal baik sehingga ke hari ini.

Perjanjian penarikan keluar tentera British dari Malaysia dalam tahun 1968 ini telah membuktikan kemampuan Malaysia dalam berdikari dalam bidang pertahanan dengan tanpa sebarang bantuan asing.

Rujukan:

  • Berita Harian, 21 Mac 1968, hal. 1
  • The Straits Times, 21 Mac 1968, hal. 18

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here