Perjanjian Perlombongan Emas Di Raub, Pahang

Pada 28 Januari 1904, satu perjanjian diantara Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang diwakili oleh Residen General William Hood Treacher dengan Syarikat Perlombongan Emas Raub Australian telah ditandatangani.

Perjanjian ini adalah perjanjian melombong emas di Raub, Pahang. Syarikat Perlombongan Emas Raub Australian ini adalah pemajak yang berdaftar untuk kerja-kerja melombong di daerah Raub.

Syarikat Perlombongan Emas Raub Australian telah ditubuhkan di Queensland Australia pada 9 November 1889 sebagai Raub Australian Syndicate Limited. Namanya kemudian diubah kepada Australian Gold Mining Company Limited.

Diantara perkara penting dalam perjanjian ini adalah penggalian lombong emas yang dibuat dalam lingkungan sempadan seperti yang termaktub di dalam pemajakan perlombongan nombor 1 tahun 1892 untuk kerja-kerja melombong dalam tanah.

Perjanjian Perlombongan Emas Di Raub, Pahang

Dalam lombong mestilah tidak melebihi 1,500 kaki dari paras bumi dan berukuran tidak kurang daripada 18 kaki panjang dan 5 kaki lebar. Syarikat ini juga mesti menyediakan laporan mengenai operasi yang dijalankan dan penyata kira-kira kepada kerajaan.

Perjanjian Perlombongan Emas Di Raub, Pahang

Pemeriksaan mengenai kerja-kerja yang dijalankan dan hal-hal wang yang berkaitan akan dilakukan oleh penguasa lombong negeri Pahang dan pegawai-pegawai lain yang diberi kuasa oleh kerajaan.

Perjanjian Perlombongan Emas Di Raub, Pahang

William Hood Treacher

Semua perbelanjaan akan dibiayai bersama oleh syarikat ini dan Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan syarat hal yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tidak melebihi daripada jumlah $150,000.

Segala hasil yang didapati setelah ditolak kos dan bayaran 10% kepada syarikat ini, akan dibahagi antara kedua-dua pihak yang berkenaan. Perjanjian ini juga menyatakan jika kedua-dua pihak berpendapat dan bersetuju bahawa kerja-kerja melombong selanjutnya tidak mendatangkan apa-apa faedah, kerja melombong ini akan diberhentikan.

Perjanjian Perlombongan Emas Di Raub, Pahang

Oleh itu, disebabkan kekurangan bahan galian ini, kemudiannya pada bulan Disember 1961 syarikat perlombongan ini telah ditutup.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

8 + 1 =