Perjanjian Sempadan Rembau Di Negeri Sembilan

Satu perjanjian untuk menentukan sempadan diantara Rembau dengan Melaka telah ditandatangani di Naning pada tarikh 9 Januari 1833 yang mana ia telah dibuat antara Ketua Pemerintah Rembau bersama pembesar dengan wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Pihak Rembau telah diwakili oleh Yamtuan Besar Raja Ali, Yamtuan Muda Sharif Saban Bin Ibrahin Al-Kadaree, Datuk Penghulu Maharaja Lela dan Datuk-Datuk dari lapan suku Rembau.

Mereka datuk-datuk wakil dari lapan suku Rembau adalah Datuk Maharaja Gampar, Datuk Marawangsa, Datuk Saunia Raja, Datuk Andika, Datuk Maharaja Sendeng dan Datuk Mandaleka.

Pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pula diwakili oleh Robert Ibbetson (Gabenor Majlis Pulau Pinang, Singapura dan Melaka) dan Samuel Garling (Penasihat Residen Melaka).

Dalam perjanjian sempadan Rembau ini ada menyatakan tentang beberapa hal penting yang wajar untuk dituruti buat kedua-dua belah pihak iaitu pihak dari Rembau dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Sempadan-sempadan di antara Rembau dan Melaka ialah daripada Kuala Sungai Jenai hingga ke Bukit Bertam, kemudian hingga ke Bukit Jelutong dan ke Bukit Putus, kemudian hingga ke Jerat Kancil, ke Lubuk Talang, hingga ke Dusun Perinjai, ke Dusun Kacur, hingga ke Buluh Sangkar dan ke Bukit Putus.

Perjanjian Sempadan Rembau Di Negeri Sembilan

Walau sesiapa pun yang akan menjadi pemerintah kerajaan negeri Melaka atau kerajaan Rembau kemudiannya, mereka hendaklah menghormati dan mematuhi perjanjian yang telah dibuat ini.

Daripada tarikh ini, kedua-dua pihak yang menandatangani perjanjian ini, hendaklah membatalkan kesemua perjanjian-perjanjian dan persetujuan yang telah dibuat sebelumnya berkait dengan sempadan di antara Rembau dan Melaka.

Perjanjian Sempadan Rembau Di Negeri Sembilan

Dengan termeterainya perjanjian tersebut, maka terbentuklah kawasan sempadan dianatara negeri Melaka dengan kawasan Rembau yang banyak memudahkan urusan dan menjaga hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here