Perjanjian Temenggong Abdul Rahman Dengan Stamford Raffles Mengenai Singapura

Pada tarikh 30 Januari 1819, satu perjanjian telah ditandatangani diantara Dato Temenggong Sri Maharaja Abdul Rahman, pemerintah Singapura bagi pihak dirinya dan bagi pihak Sri Sultan Husin Mohamad Shah, Raja bagi negeri Johor dengan Sir Thomas Stamford Raffles, Lt. Gabenor Bangkahulu (Bencoolen) dan jajahan takluknya bagi Gabenor Jeneral Benggala.

Antara isi-isi perjanjian yang ada dalam perjanjian tersebut adalah

  1. Syarikat Hindia Timur Inggeris boleh mendirikan kilang (logi) di Singapura atau tempat-tempat lain dalam wilayah kerajaan Johor dan Singapura.
  2. Sehubungan dengan itu Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju untuk melindungai Dato Temenggong Sri Maharaja.
  3. Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar $3,000 Sepanyol setahun kepada Dato Temenggong Sri Maharaja kerana mendirikan kilang itu.
  4. Dato Temenggong Sri Maharaja tidak boleh membuat sebarang hubungan dengan negara-negara lain atau membenarkan kuasa negara-negara lain masuk ke negerinya selain dari Inggeris, selagi Syarikat Hindia Timur Inggeris masih kekal dan sanggup memberikan perlindungan menurut perjanjian itu.
  5. Apabila Sri Sultan (Hussein) tiba di Singapura kelak, kesemua perkara yang disebutkan dalam perjanjian ini diselesaikan serta disahkan, akan tetapi pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris boleh memilih suatu tempat untuk mendaratkan pasukan tenteranya dan barang-barang kelengkapan serta perdagangan dan menaikkan bendera syarikat.

Perjanjian antara Dato Temenggong Sri Maharaja dan Stamford ini adalah merupakan persetujuan sementara dalam usaha Inggeris untuk menguasai Singapura kerana Temenggong itu tidak berhak menandatangani perjanjian sebenar.

Hak dan kuasa itu terletak di tangan sultan yang bersemanyam di Lingga. Pada Febuari 1819, Tengku Long dan Tengku Hussien yang merupakan waris sah kepada takhta kerajaan Johor tetapi diketepikan tiba di Singapura.

Perjanjian Temenggong Abdul Rahman Dengan Stamford Raffles Mengenai Singapura

Sir Thomas Stamford Raffles

Walaupun beliau tidak percayakan Inggeris tetapi oleh kerana bimbangkan kuasa Belanda dan Bugis serta dengan sokongan Temenggong Sri Maharaja, beliau telah menandatangani satu perjanjian perikatan dan persahabatan pada Febuari 1819 dengan Sir Stamford Raffles.

Dalam perjanjian tersebut, beliau telah diakui dan diiktiraf oleh kerajaan Inggeris di India sebagai Sultan bagi kerajaan Johor dan Singapura dengan gelaran Sultan Hussein Muhamad Shah.

Perjanjian Temenggong Abdul Rahman Dengan Stamford Raffles Mengenai Singapura

Dengan perjanjian ini, maka perjanjian awal yang ditandatangi pada tarikh 30 Januari 1819 diantara Dato Temenggong Sri Maharaja dan Sir Stamford Raffles dengan sendirinya menjadi sah dan detik inilah bermulanya penguasaan Inggeris ke atas Singapura.

Rujukan:

  • Buyung Adil, Sejarah Johor, DBP, KL, 1971, hal 169.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here