Perjanjian Yang Menamatkan Kekuasaan Keturunan Raja Jumaat Di Lukut

Pada tarikh 10 Februari 1878, satu perjanjian mengenai sempadan negeri Selangor dan Sungai Ujung telah dibuat diantara Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) dengan Saiyid Abdul Rahman (Dato’ Kelana Sungai Ujung).

Antara intisari-intisari penting yang ada dalam perjanjian sempadan untuk kedua-dua kawasan sepertimana yang dinyatakan ini adalah seperti dalam keterangan di bawah.

Pertama, dengan nasihat Kapten Bloomfield Douglas (Residen British Selangor), Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) dan puteranya Raja Musa atau sesiapa sahaja penggantinya yang akan ditabalkan sebagai Sultan Selangor dan waris-warisnya, mulai saat itu mengaku bahawa kawasan Lukut yang pada masa itu diperintah oleh Raja Bot dan semua kawasan tanah dalam Sungai Raya yang sekarang diperintah oleh Raja Daud, yang kesemuanya itu adalah dibawah kuasaan Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) diserahkan kepada Saiyid Abdul Rahman (Dato’ Kelana Sungai Ujung), pengganti-penggantinya dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.

Perjanjian Yang Menamatkan Kekuasaan Keturunan Raja Jumaat Di Lukut

Kedua, dengan nasihat Kapten Murray (Residen British Sungai Ujung), Saiyid Abdul Rahman (Dato’ Kelana Sungai Ujung) bagi pihak dirinya, pengganti-penggantinya dan waris-warisnya atau sesiapa juga yang memerintah Sungai Ujung dan bergelar Dato’ Kelana mengaku bahawa dari saat itu kawasan yang terletak di Seberang Tebing Sungai Langat bernama Rekoh dan semua tanah bernama Labu adalah diserahkan kepada Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4), pengganti-penggantinya dan waris-warisnya untuk selama-lamanya.

Perjanjian Yang Menamatkan Kekuasaan Keturunan Raja Jumaat Di Lukut

Dengan perjanjian sempadan yang dibuat ini, pihak Inggeris secara tidak langsung telah terlibat dan mencampuri urus tadbir pemerintahan di Sungai Ujung dan negeri Selangor secara tidak langsung dapat masuk campur dalam hal ehwal di Lukut.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut telah dibantah sekeras-kerasnya oleh Raja Bot (pemerintah kawasan Lukut) berkenaan dengan keputusan dalam memasukkan kawasan Lukut dalam kawasan pemerintahan Sungai Ujung.

Raja Bot membantah keputusan tersebut kerana kawasan Lukut adalah kepunyaan ayahandanya iaitu Raja Jumaat yang mana kawasan tersebut telah diberi kuasa oleh Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor ke 3) dalam tahun 1846.

Raja Bot juga turut mendakwa bahawa kuasa pemerintahan di kawasan Lukut yang diberikan oleh Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor ke 3) adalah untuk selama-lamanya.

Namun apa yang berlaku kemudian, kuasa pemerintahan Raja Bot di kawasan Lukut telah dibatalkan oleh Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) dengan atas alasan kuasa tersebut hanya boleh digunakan selama ada hayat orang yang memberikan kuasa itu sahaja.

Perjanjian Yang Menamatkan Kekuasaan Keturunan Raja Jumaat Di Lukut

Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4)

Akhirnya setelah dua tahun lamanya perkara ini menjadi pertikaian, satu perjumpaan telah diadakan di Singapura pada tarikh 31 Julai 1880 diantara Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4), Saiyid Abdul Rahman (Dato’ Kelana Sungai Ujung), Raja Bot dan Raja Daud dari Sungai Raya dengan harapan untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Perjumpaan tersebut telah membuahkan hasil dan kesepakatan dengan menetapkan kawasan-kawasan tanah dan wang sagu hati kepada Raja Bot akibat pemasukan kawasan Lukut ke dalam pemerintahan Sungai Ujung.

Perjanjian Yang Menamatkan Kekuasaan Keturunan Raja Jumaat Di Lukut

Raja Bot Bin Raja Jumaat

Mengikut persetujuan tersebut, Raja Bot dan keluarganya telah menerima wang sebanyak 27 ribu dan sejak itu tamatlah kewibawaan Raja Bot dan ayahandanya Raja Jumaat yang menguasai Lukut selama 32 Tahun.

Rujukan:

  • Sejarah Selangor, Buyong Adil, DPB, 1981, hal.188
  • Ibid, hal. 189

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 53 = 63