Persidangan Parlimen Pertama Selepas Pemerintahan MAGERAN

Pada tarikh 22 Februari 1971, Parlimen telah mengadakan persidangannya semula selepas digantung selama 21 bulan berikutan tragedi 13 Mei 1969 yang melanda negara.

Dalam tempoh tersebut, negara telah ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Upacara pembukaan Parlimen ini menandakan demokrasi Malaysia baru telah bermula dengan rasmi.

Persidangan Parlimen pada tarikh 22 Februari 1971 ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong ke 5 iaitu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Dalam titah ucapan baginda, baginda telah mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan berikhtiar untuk menjamin peristiwa buruk seperti 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.

Baginda Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah seterusnya mengingatkan bahawa matlamat-matlamat dan rancangan-rancangan untuk tahun-tahun 70 an ialah untuk memperbaiki keadaan ekonomi, memperkukuhkan ketenteraman dan perpaduan negara.

Persidangan Parlimen Pertama Selepas Pemerintahan MAGERAN

Yang Di-Pertuan Agong sedang membaca titah perasmian

Pada hari kedua persidangan, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Tun Abdul Razak telah membentangkan Rang Undang-Undang (pindaan) Perlembagaan di dalam Dewan Rakyat.

Pindaan ke atas Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk menyekat perbincangan awam ke atas perkara-perkara sensitif dan bagi menjamin perjalanan demokrasi dalam negara.

Diantara perkara yang dipinda adalah Fasal 2, Perkara 10 yang memberi kebebasan bersuara. Pindaan ini bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Walaubagaimanapun, rakyat masih diberikan kebebasan untuk berbicara tentang hal-hal lain dalam negara ini. Pindaan Fasal 6 juga dilakukan iaitu mengenai kedudukan rakyat numiputera di Sabah dan Sarawak.

Persidangan Parlimen Pertama Selepas Pemerintahan MAGERAN

Dengan pindaan ini, rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak adalah sama kedudukan dengan orang Melayu yang berada di semenanjung Malaysia.

Persidangan Parlimen yang pertama selepas pemerintahan MAGERAN telah meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan yang telah dibentangkan oleh Tun Abdul Razak.

Dengan pindaan ini, demokrasi di Malaysia baru ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri demi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.

  • Utusan Malaysia, 23 Februari 1971, hal. 1
  • Utusan Malaysia, 24 Februari 1971, hal. 1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here