Persidangan Pertama Alim Ulama Se-Malaya Selepas Perang Dunia Kedua

Pada tarikh 21 Februari 1950, satu persidangan pertama alim ulama se-Malaya telah diadakan di Muar, Johor dan ia adalah persidangan yang julung kalinya diadakan selepas perang dunia kedua.

Persidangan pertama alim ulama se-Malaya ini telah dianjurkan oleh UMNO dengan kerjasama UMNO bahagian Muar dan UMNO bahagian Tangkak serta dibantu oleh jemaah pengembang agama Muar.

Tujuan utama persidangan ini dianjurkan adalah kerana untuk menjalankan satu daripada matlamat UMNO itu sendiri iaitu mengutamakan agama Islam serta menjalankan ikhtiar untuk mengembangkannya.

Seramai 46 orang para perwakilan alim ulama dari seluruh Malaya dan Singapura kecuali Pahang telah menghadiri persidangan ini. Turut hadir seramai lebih 300 orang pemerhati termasuk kaum ibu.

Persidangan Pertama Alim Ulama Se-Malaya Selepas Perang Dunia Kedua

Persidangan yang penuh dengan bersejarah ini dibuka oleh pengerusi mesyuarat agung UMNO iaitu Tuan Syed Abdul Kadir Muhamad. Beliau mewakili Yang Dipertua Agung UMNO Malaya, Dato Onn Jaafar yang tidak dapat hadir kerana menghadiri satu mesyuarat penting di Kuala Lumpur.

Dato Onn Jaafar hanya dapat hadir ke majlis penutup untuk persidangan ini. Persidangan yang berjalan selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohamad Bin Omar, Yang Dipertua Agama Islam Johor.

Dalam ucapan pembukaan, Tuan Syed Abdul Kadir Muhamad ada menyatakan bahawa betapa pentingnya persidangan seperti ini dalam mencari ikhtiar dan jalan untuk memberi kebajikan kepada umat Islam di Malaya.

Menurutnya lagi, Islam ini bukan sahaja satu pegangan atau kepercayaan sahaja, bahkan ianya adalah satu kuasa yang sangat kuat berdasarkan kebenaran dan jugak hak.

Dengan mengamalkan ajaran Islam, maka umat Islam pada masa yang lalu telah berjaya mencapai kemajuan yang sungguh berkesan yang telag membentuk perjalanan sejarah dunia.

Diantara beberapa ketetapan yang dicapai hasil daripada persidangan alim ulama se-Malaya ini ialah pembentukan sebuah jawatankuasa untuk membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi supaya dapat mengurangkan cukai haji dan meminta supaya orang ramai yang mengerjakan haji pada masa akan datang akan diberi layanan yang lebih baik.

Selain itu, persidangan ini juga telah bersetuju dan bersepakat untuk menyokong langkah-langkah yang akan diambil untuk mendirikan sebuah kolej Islam di Malaya.

Persidangan Pertama Alim Ulama Se-Malaya Selepas Perang Dunia Kedua

penubuhan Kolej Islam Kelang hasil dari persetujuan dalam persidangan ini

Rujukan:

  • Warta Negara, 22 Februari 1950, hal. 1
  • Utusan Melayu, 22 Februari 1950, hal. 1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

97 − 95 =