Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Pada tarikh 24 Februari 1948, Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengadakan persidangan yang pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Peristiwa yang cukup bersejarah ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris iaitu Sir Edward Gent dengan disaksikan oleh para jemputan khas. Turut hadir pada hari tersebut adalah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan iaitu Lord Listowel.

Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan ini termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Bahagian ini juga ada menyatakan bahawa ahli-ahli majlis itu mestilah terdiri dari Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden, 3 orang Ex-Officio iaitu ketua setiausaha, setiausaha kewangan dan peguam negara serta 11 orang ahli rasmi dan 34 orang ahli tidak rasmi.

Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

keratan akhbar mengenai persidangan penuh bersejarah ini

Kesemua ahli-ahli ini, kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu atau rakyat British. Orang-orang cina mempunyai wakil seorang 14 orang dan orang-orang india diwakili seramai 6 orang. Dalam masa yang sama, terdapat 14 orang ahli berbangsa eropah yang menjadi ahli rasmi.

Sebelum persidangan pertama ini berjalan, wakil-wakil kaum telah menyampaikan kata-kata aluan. Setiausaha negara pada waktu itu iaitu A.T. Newboult adalah individu yang pertama sekali berbicara dalam peristiwa yang cukup bersejarah ini.

Kemudian, giliran ucapan diikuti dengan Dato Onn Jaafar selaku wakil orang melayu, Dr Ong Chong Keng selaku wakil orang cina, S.B. Palma selaku wakil orang india, Lord Listowel sekali wakil raja Inggeris dan tuan presiden Sir Edward Geng.

Dalam ucapan Dato Onn Jaafar ada menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campur tangan dari kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu.

Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Wakil orang-orang cina pula menegaskan bahawa orang-orang cina akan taat dan setia kepada Persekutuan Tanah Melayu dan selepas ucapan alu-aluan berlangsung, ahli-ahli Dewan Perundangan Persekutuan telah mengangkat sumpah.

Dalam persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini, beberapa jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk meneliti rang undang-undang yang baru.

Jawatan kuasa tersebut adalah Standing Committee on Finance, Komuniti Pilihan dan Komuniti Keistimewaan. Dalam persidangan yang pertama ini juga telah meluluskan rang undang-undang perbandaran Kuala Lumpur, rang undang=undang pemindahan kuasa dan rang undang-undang peminjaman dan hutang.

Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Wakil-wakil tidak rasmi yang baru sahaja menjejeak Dewan Perundangan Persekutuan telah menunjukkan kebolehan yang amat baik dalam perbahasan persidangan yang pertama ini.

Dengan cara ini secara tidak langsung, pihak Inggeris terus membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Rujukan:

  • The Malay Mail, 24 Februari 1948, hal. 1
  • UMNO 10 tahun 1946 – 1956, hal. 45
  • Penerangan Malaysia

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here