Persidangan Pertama Raja-Raja Melayu Di Tanah Melayu

Pada tarikh 18 Februari 1948, Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu telah mengadakan satu persidangan di Dewan Majlis Perundangan Persekutuan, Kuala Lumpur.

Persidangan tersebut adalah merupakan satu peristiwa yang cukup bersejarah kerana untuk kali pertama, semua Raja-Raja Melayu telah turut hadir di meja perundingan setelah perjanjian Persekutuan dan Negeri-Negeri ditandatangani.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor era moden ke 2) telah dilantik sebagai pengerusi dan telah diberi penghormatan untuk memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 106 orang pegawai dan anggota askar Melayu dari batalion kedua.

Persidangan Pertama Raja-Raja Melayu Di Persekutuan Tanah Melayu

Sultan Ibrahim (Sultan Johor era moden ke 2) sedang memeriksa barisan kehormatan.

Persidangan ini diadakan sebagai untuk memenuhi ketetapan dalam perlembagaan 1948 yang mana ia sudah tertakluk bahawa Raja-Raja perlu bersidang sekali dalam masa tiga tahun.

Raja-Raja dapat bekerjasama untuk berunding dan menimbangkan perkara-perkara hal ehwal yang berkenaan dengan negara serta penduduk dalam membincang dan memberi persetujuan kepada dasar yang dikemukakan oleh pihak imigresen berhubung dengan soal kemasukan orang-orang asing.

Disamping itu, Raja-Raja juga berhak menimbangkan dan menyemak rang undang-undang sebelum ia diwartakan.

Persidangan Pertama Raja-Raja Melayu Di Persekutuan Tanah Melayu

Raja-Raja Melayu dan para pemerhati dalam persidangan.

Bersempena dengan persidangan Raja-Raja Melayu yang telah diadakan pada tarikh 18 Februari 1948, Raja-Raja Melayu telah berikrar untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuan Persekutuan Tanah Melayu.

Persidangan seperti ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1897 lagi yang mana ia telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak. Ia dikenali sebagai Durbar yang mana khusus untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam menyuarakan hasrat orang Melayu sewaktu zaman pemerintahan British.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 3 = 1