Pertandingan Kumpulan Rock Kebangsaan Pertama Malaysia

Permulaan kumpulan Rock Malaysia asalnya bermula secara meluas sejak pertengahan tahun 1980 an lagi. Lagu genre rock ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan.

Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin rancak dan berkembang dengan kewujudan pertandingan-pertandingan pelbagai peringkat. Antara yang terulung kali diadakan adalah pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 dan 2.

Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock dalam tahun 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh kumpulan D’Febians dan The Lefthanded.

Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan muda pada waktu itu, pada tahun berikutnya diadakan lagi pertandingan Juara Rock untuk tahun 1984. Dalam pertandingan Juara Rock tahun 1984, The Burnmarks telah menjuarai pertandingan tersebut, Hurricane dari Johor Bahru sebagai naib juara dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.

Permintaan terhadap kumpulan rock semakin rancak dan hangat dalam negara. Oleh yang demikian, pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru.

Pertandingan Kumpulan Rock Kebangsaan Pertama Malaysia

Album hasil Battle Of The Band 1

Gagasan Juara-Juara Rock ini diadakan secara langsung dan telah melahirkan banyak kumpulan pemuzik rock baru yang ditubuhkan. Bidang muzik genre rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 dan 2 untuk tahun 1986 dan tahun 1987

Dengan perkembangan muzik rock yang semakin hebat telah mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica dan Pesta Hiburan Kingsway.

Bagaimanapun imej kumpulan rock tercalar dengan berlakunya kejadian amuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang dalam tahun 1986 sewaktu pertandingan Battle Of The Bands.

Penampilan kumpulan rock yang berambut panjang juga telah mencetuskan bantahan daripada orang awam dan hal ini telah mendorong pihak kerajaan untuk menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai dengan budaya melayu ini daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988.

Langkah ini termasuk dengan tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi dan berambut panjang untuk dipertontonkan dalam media kerajaan seperti Radio serta TV RTM.

Pertandingan Kumpulan Rock Kebangsaan Pertama Malaysia

Album hasil Battle Of The Band 2

Namun langkah tidak membenarkan kumpulan rock keluar dalam media kerajaan ini akan kecuali sekiranya mereka bersedia untuk memotong rambut dan berpakaian kemas.

Bagaimanapun pada waktu itu, saluran media swasta tidak diperuntukkan dengan langkah dan syarat ini. Hal ini adalah kerana kerajaan berpendapat bahawa media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif.

Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV3 telah menjadi saluran dan pilihan utama buat pemuzik serta kumpulan rock untuk mengasah serta mencungkil bakat.

Sebagai contoh, kumpulan seperti Search, May dan Mega telah muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3. Pada masa yang sama, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena “underground”.

Walaupun tanpa bantuan siaran di televisyen ataupun radio, namun kumpulan rock seperti Cromok, FTG dan lain-lain masih berjaya hidup segar serta mengumpul peminat di serata tanah air.

Rujukan:

  • Ensiklopedia sejarah and kebudayaan Melayu, Volume 11, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 – Malaysia

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

17 − 9 =