Professor Dato Dr Ungku Omar Meninggal Dunia

Pada tarikh 15 Februari 1969, Professor Dato Dr Ungku Omar telah meninggal dunia dalam usia yang muda iaitu dalam tahun 38 tahun kerana diserang penyakit jantung.

Pemergian Professor Dato Dr Ungku Omar ke rahmatullah telah disifatkan sebagai satu kerugian yang amat besar terhadap negara kerana kehilangan seorang tokoh berjiwa besar dan banyak berjasa dalam bidang perubatan.

Professor Dato Dr Ungku Omar berasal dari Johor Bahru dan beliau telah menerima pendidikan awal di Maktab Melayu, Kuala Kangsar seterusnya melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura.

Beliau telah menerima ijazah Perubatan dan Bedah dari universiti tersebut dalam tahun 1957. Setelah berkhidmat selama beberapa tahun, Professor Dato Dr Ungku Omar telah melanjutkan pelajarannya dan menerima diploma dalam bidang Pathologi di Royal College of Physician London dan di Royal College of Surgeon, England pada tahun 1962.

Professor Dato Dr Ungku Omar Meninggal Dunia

Dua tahun kemudian, Professor Dato Dr Ungku Omar telah dianugerahkan Fellowship of Royal Pathology dan juga telah berjaya menerima ijazah kedoktoran dalam bidang Clinical Chemistry dari Universiti London.

Professor Dato Dr Ungku Omar adalah merupakan anak melayu pertama yang menyandang jawatan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan sejak tahun 1965.

Professor Dato Dr Ungku Omar Meninggal Dunia

Selain dari bidang perubatan, Professor Dato Dr Ungku Omar juga terlibat dalam berbagai bidang. Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dewan Bahasa dan Pustaka, anggota Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan Universiti Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Kolej Islam, Petaling Jaya.

Disamping itu, Professor Dato Dr Ungku Omar juga menganggotai beberapa badan perubatan baik dalam negara dan di luar negara. Semasa hayatnya, beliau banyak menerbitkan kertas-kertas kerja yang berunsurkan dalam bidang pengkhususannya dan juga mengenai masalah-masalah kesihatan penduduk luar bandar.

Professor Dato Dr Ungku Omar Meninggal Dunia

Professor Dato Dr Ungku Omar juga banyak menerima buah fikiran terhadap perkembangan Pusat Penyelidikan Perubatan khasnya dan di bidang perubatan amnya.

Atas sumbangan dan jasa begitu besar yang telah dibuat oleh Professor Dato Dr Ungku Omar, akhirnya beliau telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati oleh Sultan Johor pada tahun 1967.

Professor Dato Dr Ungku Omar Meninggal Dunia

Pemergian Professor Dato Dr Ungku Omar ke rahmatullah pada tarikh 15 Februari 1969 adalah satu kehilangan yang mustahil untuk ditukar ganti. Nama beliau kepakaran Professor Dato Dr Ungku Omar telah diabadikan sempena nama sebuah institusi pengajian tinggi di negeri Perak iaitu Politeknik Ungku Omar.

Rujukan:

  • Berita Minggu, 16 Februari 1969, hal. 1
  • Mingguan Malaysia, 16 Februari 1969, hal. 1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here