Program Televisyen Berwarna Pertama Disiarkan Di Malaysia

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula sejak awal abad ke 20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal dalam negara.

Radio-radio yang ada telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda pihak British serta pihak Jepun yang mana ia bertujuan untuk mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka.

Dalam tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya telah ditubuhkan dan ia telah menjadi sebahagian daripada jentera kerajaan. Kemudian, ia telah ditukarkan namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan dalam tahun 1950.

Dalam bulan Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap apa jua bidang yang berkaitan dengan penerangan dan penyiaran.

Pada tarikh 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Program Televisyen Berwarna Pertama Disiarkan Di Malaysia

Perkembangan bidang penyiaran dalam negara tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia amat pesat dari segi perubahan penyampaian dan mengikut arus perubahan teknologi.

Televisyen adalah merupakan salah satu alat perantara kepada penyiaran untuk Malaysia dan seluruh dunia serta ia berada di bawah Kementerian Penerangan yang mana mereka sentiasa beruasa untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat dalam negara.

Program Televisyen Berwarna Pertama Disiarkan Di Malaysia

Salah satu perkembangan yang tidak dapat dilupakan dan menjadi sejarah yang terulung dalam bidang penyiaran adalah dengan pelancaran televisyen berwarna di Malaysia.

Majlis pelancaran Televisyen Warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran televisyen di Malaysia beroperasi iaitu majlis pelancaran tersebut diadakan pada tarikh 28 Desember 1978.

Program Televisyen Berwarna Pertama Disiarkan Di Malaysia

Rancangan pertama yang disiarkan dalam bentuk berwarna ialah program yang bertajuk Puspawarna dan ia telah disiarkan secara langsung di kaca televisyen seluruh Malaysia.

Puspawarna RTM adalah satu rancangan hiburan berkenaan dengan muzik dan nyanyian yang amat popular dan diminati oleh seluruh rakyat Malaysia pada waktu sekitar 1980 an.

Majlis perasmian untuk pelancaran televisyen warna telah diadakan di Auditorian Besar Angkasapuri dan ia telah dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia ke 3 pada waktu itu iaitu Tun Hussein Onn.

Program Televisyen Berwarna Pertama Disiarkan Di Malaysia

Dalam ucapan Tun Hussein Onn ada menyatakan bahawa pihak penyiaran televisyen mempunyai peranan yang amat penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat, terperinci serta jelas.

Tambah beliau lagi, pihak penyiaran juga punyai tanggung-jawab yang besar dalam mewujudkan semangat perpaduan dikalangan rakyat yang pelbagai kaum dalam negara Malaysia.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

29 − 28 =