Rumah Kanak-Kanak Pertama Di Negeri Selangor

Pada tarikh 9 Mac 1946, rumah kanak-kanak pertama di negeri Selangor telah dibuka secara rasmi untuk 30 orang kanak-kanak yang berstatus yatim piatu. Mereka telah ditempatkan di Yayasan yang terletak di Jalan Damansara.

Rumah kanak-kanak ini telah diasaskan oleh Persatuan Palang Merah British Malaya dan pentadbiran rumah kanak-kanak ini telah diambil alih oleh kerajaan negeri Selangor dan seterusnya Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan bantuan daripada Jawatankuasa Kebajikan Negeri Selangor, kanak-kanak yang telah ditempatkan di Jalan Damansara ini telah dipindahkan ke Jalan Kelang Lama sehingga tahun 1964.

Kemudian, dipindahkan lagi apabila bangunan tetap untuk rumah anak yatim yang dibina di Jalan Cheras telah siap dibina. Bangunan baru untuk rumah anak yatim ini telah dibuka secara rasmi pada tarikh 25 September 1964.

Bangunan baru yang telah siap dibina untuk menempatkan anak-anak yatim ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail.

Rumah Kanak-Kanak Pertama Di Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail

Rumah kanak-kanak baru ini dinamakan sebagai Rumah Kanak-Kanak Budriah. Rumah ini mempunyai empat buah asrama, dewan makan, blok pentadbiran dan bilik bayi yang boleh menempatkan seramai 100 orang kanak-kanak.

Kanak-kanak yang ditempatkan di dalam rumah ini terdiri dari pelbagai bangsa dan antara ciri-ciri yang membolehkan mereka ditempatkan di dalam rumah ini adalah seperti dibawah:

  • Kanak-kanak yang kematian ibu dan bapa.
  • Kanak-kanak pesakit.
  • Kanak-kanak yang terbiar dan ditinggalkan.
  • Kanak-kanak yang tersiksa.
  • Anak luar nikah yang akan dijadikan anak angkat.
  • Anak kepada banduan.
  • Kanak-kanak dalam tahanan.

Had umur untuk kanak-kanak yang diterima masuk ke dalam rumah anak yatim ini adalah dari umur 1 hari sehingga 18 tahun untuk yang berjantinakan perempuan.

Untuk yang lelaki pula, had umur yang telah ditetapkan adalah bermula dari umur 1 hari sehingga umur 12 tahun maksima. Namun, tidak bermaksud selepas mencapai 12 tahun mereka ini akan diabaikan.

Setelah mencapai umur 12 tahun, kanak-kanak lelaki ini akan dipindahkan ke Rumah Budak Lelaki Melaka jika mereka didapati berkebolehan dalam akademik atau mereka akan dihantar ke Rumah Budak Lelaki Serendah untuk menyambung pelajaran vokasional.

Rujukan:

  • Malay Mail 15 April 1946, hal. 2
  • Penerangan Malaysia

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here