Rumah Sakit Bersalin Pertama Di Tanah Melayu

Bangunan baru untuk rumah sakit bersalin di Hospital Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pekeliling telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu Almarhumah Tengku Budriah pada tarikh 18 Januari 1963.

Harga untuk membina bangunan baru tersebut bernilai lebih dari RM5 juta dan ia adalah merupakan rumah sakit bersalin yang pertama di Tanah Melayu dan ia juga adalah merupakan rumah sakit bersalin yang paling moden di Asia Tenggara pada waktu itu.

Bangunan setinggi 6 tingkat ini terbahagi kepada beberapa bahagian penting, antaranya adalah Pusat Perbekalan Ubat, bilik kanak-kanak, tempat rawatan dan bilik pesakit yang dibahagikan kepada kelas satu, dua dan tiga.

Untuk bahagian bilik kanak-kanak, ianya terbahagi kepada dua iaitu bayi yang baru dilahirkan dan untuk bayi dilahirkan pramatang. Bahagian ini boleh menambung seramai 36 orang bayi dan ia dilengkapi dengan alat-alat moden setanding taraf dunia.

Rumah sakit yang telah dibina ini juga mempunyai sebanyak 214 buah katil kesemuanya. Sebanyak 12 bilik telah diperuntukan untuk kelas pertama yang mana satu bilik ditempatkan seramai dua orang.

Untuk bilik kelas ke dua pula, sebanyak 34 buah katil disediakan dan sebanyak 156 katil pula disediakan untuk mereka yang berada di kelas ke tiga dan berada di ruang terbuka.

Rumah Sakit Bersalin Pertama Di Tanah Melayu

Tidak dilupakan juga, bangunan ini dilengkapi dengan bilik bedah serta kemudahan-kemudahan makmal x-ray, bilik pengasingan dan bahagian rawatan sebelum bersalin.

Menteri Kesihatan pada waktu itu iaitu Encik Abdul Rahman Talib turut hadir dalam majlis perasmian dan ada menyatakan bahawa pembinaan rumah sakit ini adalah merupakan sebahagian daripada rancangan besar dalam perkhidmatan kesihatan rakyat.

Rujukan:

  • Berita Harian, 19 Januari 1963, hal. 3

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

9 + 1 =