Sabak Bernam Pernah Diumum Sebagai Kawasan Putih

Sabak Bernam di Selangor pernah diumum sebagai kawasan putih pada tarikh 8 Januari 1955 dan pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Pengisytiharan kawasan Sabak Bernam sebagai kawasan putih dibuat sewaktu baginda almarhum Sultan Selangor semasa melawat ke Sabak Bernam bersama-sama dengan penasihat British di Selangor iaitu Encik G.S. Rawlins.

Tahukah anda apa itu kawasan putih? Kawasan putih yang dimaksudkan ini adalah kawasan yang aman dan bebas daripada sebarang ancaman pihak pengganas komunis yang sedang aktif di Tanah Melayu pada waktu itu.

Kerajaan telah mengumumkan darurat dalam bulan Jun 1948 untuk membanteras kegiatan pihak komunis di Tanah Melayu. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu telah menerima bantuan ketenteraan daripada negara-negara komenwel.

Sabak Bernam Pernah Diumum Sebagai Kawasan Putih

Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Antara negara-negara komenwel yang memberi bantuan ketenteraan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti Australia, New Zealand, Fiji dan Afrika Timur.

Sabak Bernam Pernah Diumum Sebagai Kawasan Putih

Dalam titah ucapan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah menyatakan bahawa pihak kerajaan sebenarnya telah lama untuk menimbangkan keputusan untuk menjadikan kawasan Sabak Bernam sebagai kawasan putih.

Sabak Bernam Pernah Diumum Sebagai Kawasan Putih

petikan akhbar Utusan Zaman

Hal ini adalah kerana gerakan pihak komunis terdapat di bahagian utara dan selatannya maka perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Baginda Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah juga turut memuji sikap penduduk di Sabak Bernam yang hidup saling bantu membantu dan bekerjasama untuk membanteras ancaman komunis.

Sabak Bernam di Selangor adalah kawasan putih yang kedua diumumkan di dalam negeri Selangor sebagai kawasan yang aman dan tidak mempunyai sebarang ancaman pihak komunis.

Sabak Bernam Pernah Diumum Sebagai Kawasan Putih

Sekadar maklumat tambahan buat anda, kawasan putih yang pertama diisytiharkan ialah seluruh kawasan negeri Melaka dan ia telah diumumkan pada bulan September 1953.

Rujukan

  • Utuzan Zaman, 9 Januari 1955, hal.1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here