Saiful Bahri, Pencipta Lagu Kebangsaan Malaysia

Saiful Bahri adalah nama buat seorang individu yang asing buat generasi baru dalam negara walaupun satu ketika dahulu beliau amat terkenal dengan jasanya dalam mencipta lagu negaraku yang diangkat sebagai lagu kebangsaan negara Malaysia.

Tokoh yang diceritakan kali ini dilahirkan pada tarikh 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat. Saiful Bahri juga adalah individu yang bertanggung-jawab sebagai komposer untuk menggubah lirik lagu rasmi negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Tuanku.

Kerajaan pada waktu itu telah mengeluarkan tawaran sebanyak RM1,000 untuk pertandingan kepada pengubah untuk mencipta seni kata buat lagu negaraku yang akan menggunakan irama lagu negeri Perak.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Saiful Bahri dan lagu kebangsaan Negaraku gubahan beliau asalnya dikatakan terdapat dalam 3 versi dan satu daripadanya sedang kita gunakan pada hari ini.

Beliau juga individu yang mengubah dan menyusun lagu rasmi buat negeri Selangor yang baru selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mempersetujui untuk menerima pada tarikh 16 Februari 1967.

Selain daripada lagu rasmi buat negeri Perak dan Selangor. Saiful Bahri juga turut menghasilkan lagu lagu buat negeri Melaka yang bertajuk Melaka Maju Jaya.

Saiful Bahri, Pencipta Lagu Kebangsaan Malaysia

Sejak tahun 1957 sehingga ke hari ini saban tahun berlalu, banyak lagu-lagu patriotik yang telah dicipta dan didendangkan dalam bulan kemerdekaan namun lagu negaraku adalah merupakan pasak utama dan tulang belakang buat semua lagu-lagu patriotik yang ada.

Saiful Bahri asalnya adalah seorang konduktor orkes dan penulis lagu berkebangsaan Indonesia sebelum datang dan terus menetap di Malaysia. Beliau juga dituduh sebagai penghianat negara.

Pada tahun 1960, beliau bersama-sama dengan rakan artis lain seperti Titiek Puspa, Bing Slamet, Mochtar Embut dan Sam Saimun telah berkunjung ke Tanah Melayu untuk membuat persembahan dibeberapa lokasi.

Lawatan Saiful Bahri ke Malaysia telah meninggalkan kesan berpanjangan ke atas dirinya dan menglihamkannya untuk menggubah lagu popular yang bertajuk Semalam di Malaya dan lantaran itu, beliau menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap.

Setelah menetap di Malaysia, Saiful Bahri telah dilantik untuk menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Penerangan, Senu Abdul Rahmandan dan kemudian telah naik pangkat menjadi Pengarah Muzik Filem Negara Malaysia.

Sepanjang perkhidmatannya di Filem Negara Malaysia hinggalah beliau bersara pada tahun 1975, Saiful Bahri juga telah menggubah dan menyusun banyak lagu patriotik termasuk Malaysia Berjaya, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Senjakala.

Lain-lain lagu terkenal ciptaan Saiful adalah Dewi Manja, Surat Tak Bernama, Kenangan Masa dan Fajar Harapan. Beliau juga banyak terlibat dalam penciptaan lagu terbitan filem-filem terbitan N.V. Perfini, Golden Arrow dan Bintang Surabaya.

Saiful Bahri telah meninggal dunia di Tokyo pada penghujung tahun 1976 dan jenazah Saiful Bahri telah dituntut oleh isteri tuanya untuk dikebumikan di Jakarta.

Rujukan:

  • Harian Metro, 24 Ogos 2016

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here