Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa nama sebenar bandar Seremban adalah Sungai Ujong. Seremban dipercayai mendapat namanya dari sebuah permainan tradisional iaitu Sarimban.

Sarinban ini adalah sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil. Permainan tradisional ini amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban. Seremban juga turut dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung.

Bandar Seremban terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai terbesar di Negeri Sembilan. Sungai Linggi mengalir dari bahagian selatan Bandar Seremban sehingga ke sempadan Melaka dengan Negeri Sembilan.

Seremban juga adalah merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan dan merupakan salah satu daerah daripada keseluruhan tujuh daerah di Negeri Sembilan. Pentadbiran bandar dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban.

gambar lama seremban

Lokasi Seremban terletak kira-kira dalam 30 kilometer ke darat dan ia terletak dalam lembah Sungai Linggi di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Bentuk muka bumi Seremban secara umumnya berbukit-bukau dan tanahnya adalah tanah laterit merah.

Tanah laterit merah tersebut menjadikannya sesuai untuk peladangan getah dan juga peladangan kelapa sawit. Oleh kerana itu, Seremban menjadi pusat pertanian di Negeri Sembilan.

gambar lama seremban

Sungai Linggi mainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan bandar Seremban. Ketika perlombongan bijih timah dilakukan secara besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama yang digunakan oleh para pedagang bijih timah. Kini, Sungai Linggi merupakan sumber air utama di Seremban dan Negeri Sembilan.

gambar lama seremban

Seremban mula dibangunkan ketika penemuan bijih timah pada tahun 1870 an sama seperti bandar-bandar besar lain di Semenanjung Malaysia. Penemuan bijih timah di kawasan berdekatan iaitu Rasah menyaksikan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja di lombong ini dan juga berniaga.

gambar lama seremban

Penduduk Melayu tempatan pula kebanyakannya bekerja sebagai petani dan keberatan untuk menempuhi cabaran-cabaran baru dalam bidang perlombongan bijih timah. Kota Seremban memiliki persamaan dengan kota Bukit tinggi.

gambar lama seremban

Seremban yang pada awalnya membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga sebagai sebuah pusat perniagaan. Sungai Linggi merupakan satu-satunya laluan keluar masuk untuk mengangkut bijih timah dan bekalan-bekalan lain untuk keluar dan masuk ke bandar.

Pendapatan Sungai Ujong tidak hanya datang dari dagangan bijih timah tetapi juga dari kutipan cukai yang banyak yang tidak disukai oleh para pedagang dan kolonial British di pelabuhan terdekat iaitu di Melaka.

gambar lama seremban

Pembesar tempatan, Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong berebut akan hak memungut cukai dan ketuanan dan penguasaan lombong-lombong bijih timah sehingga berlaku persengketaan antara mereka.

Persengketaan tersebut membuka peluang kepada pengaruh British di Negeri Sembilan. British memihak kepada Dato’ Kelana setelah dijemput dan mengalahkan angkatan Dato’ Bandar yang kemudiannya dibuang negeri ke Singapura.

Sebagai tanda penghargaan kepada British yang telah membantu beliau menang dalam peperangan menentang Dato’ Bandar, Dato’ Kelana tiada pilihan lain selain menerima Residen British yang menjadi penasihatnya dalam bidang yang tidak berkaitan dengan agama dan adat Melayu.

gambar lama seremban

Kapten Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama dan kemudian tinggal di Channer Road, yang kini dinamakan sebagai Jalan Dato’ Siamang Gagap. Sejurus selepas itu, penduduk Rasah mula berpindah berdekatan Channer Road bagi menjamin keselamatan mereka dan pentadbiran yang lebih teratur.

Sumber dan Rujukan:

  • bellaraysah.blogspot.my
  • myseremban.blogspot.my
  • HM Photos

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

24 − = 20