Sejarah HIV Dan AIDS Di Malaysia

Kes AIDS di Malaysia pertama kali dikesan dalam tahun 1986 dan sejak itu, virus tersebut telah menjadi salah satu cabaran terhadap isu pembangunan kesihatan yang paling serius di negara ini.

Malaysia telah menduduki tempat ketujuh yang paling tinggi dalam isu permasalahan AIDS di Asia selepas Thailand, Papua New Guinea, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan Indonesia dengan kadar nilai purata sebanyak 0.45%.

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah sejenis virus yang melemahkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS) atau Sindrom Kurang Daya Tahan pula adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV.

Maka, seseorang individu boleh dapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Sejarah HIV Dan AIDS Di Malaysia

Penyebaran wabak ini di Malaysia yang sebahagian besarnya adalah dipengaruhi oleh penyalahgunaan dadah dengan suntikan iaitu kira-kira 73% daripada punca jumlah kes AIDS.

Terdapat juga kebimbangan tentang heteroseksual yang sedang meningkat. Heteroseksual ini merujuk kepada perasaan seksual yang tertarik kepada jantina yang berbeza.

Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV dikatakan semakin bertambah sejak sedekad yang lalu daripada 4% dalam tahun 1995 sehingga kepada 15% kes baru menjelang akhir tahun 2006.

Kajian menunjukkan bahawa dalam tahun 2006, lebih ramai suri rumah yang diuji terdapat positif HIV berbanding dengan pekerja seks. Dalam pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahir dengan HIV juga meningkat dari 0.2% untuk kes baru pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2006.

Golongan orang muda di Malaysia juga tidak terkecuali dengan jangkitan HIV yang semakin meningkat setiap tahun. Menurut statistik bulan Disember 2006 daripada Kementerian Kesihatan ada menyatakan bahawa 36% jangkitan ini adalah dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun.

Kemungkinan orang yang dijangkiti HIV sebelum usia 30 telah dijangkiti dalam lingkungan umur dua puluhan malah ada antaranya semasa usia remaja mereka.

Rujukan:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • https://www.unicef.org/malaysia/msl/hiv_aids_5576.html

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 1 = 2