Sejarah Kesultanan Melayu Negeri Pahang

Negeri Pahang adalah merupakan negeri yang paling besar di semenanjung Malaysia. Negeri Pahang juga punyai gunung paling tinggi dan sungai yang paling panjang di semenanjung Malaysia.

Ramai yang terlepas pandang bahawa negeri Pahang adalah merupakan antara negeri yang tertua selepas Patani yang kini berada dalam wilayah Thailand dan negeri Pahang adalah lebih tua daripada negeri Melaka.

Pada zaman dahulu, kerajaan negeri Pahang meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. Rajanya juga punyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara iaitu Raja yang pertama membuka negeri Melaka.

Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka.

Makluman penting buat semua, sultan Pahang yang pertama bernama Raja Muhammad adalah putera sulung kepada Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka ke 6) yang memerintah negeri Melaka sejak tahun 1456 hingga tahun 1477.

Pada umumnya, zaman pemerintahan kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka.

Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka dan puterinya bernama Puteri Onang Seri telah dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Berlaku satu peristiwa di negeri Melaka pada waktu itu yang mana anak bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh kerana ditikam kerana telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda.

Pertelagahan antara kedua-dua keluarga segera ditegah oleh bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”.

Lantaran dengan peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari negeri Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470.

Sultan Muhammad Shah memerintah negeri Pahang selama 5 tahun sahaja selepas mangkat pada tahun 1475 dan jenazah baginda telah dimakamkan di Dusun Pinang Pahang Tua, Pekan.

Raja Ahmad menyusul ditabalkan menjadi Sultan Pahang yang kedua selepas kemangkatan Sultan Muhammad Shah dalam tahun 1475 dengan gelaran Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan putera kepada Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka ke 6).

Dari keturunan baginda Sultan Ahmad Shah inilah wujudnya dinasti pertama kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah (Sultan Pahang ke 12).

Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah telah dibunuh oleh salah seorang dari puteranya sendiri dalam tahun 1614.

Kesultanan di Johor kemudian telah mengambil alih pemerintahan di negeri Pahang kemudian telah diserang oleh kerajaan Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (Sultan Acheh ke 12) yang digelar Marhum Mahkota Alam.

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Kerajaan Acheh juga telah melanggar Johor Lama khususnya di Batu Sawar dan kemudian telah membawa bersama Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan Johor pertama) serta Bendahara Paduka Raja Tun Mohamad atau dikenali juga sebagai Tun Seri Lanang bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Johor dan Pahang ke Acheh.

Seorang puteri Pahang bernama Puteri Kamaliah dan anak saudaranya Raja Mughal iaitu putera kepada Sultan Ahmad Shah II (Sultan Pahang ke 11) turut dibawa ke Acheh.

Kemudian, puteri Kamaliah telah dikahwinkan dengan Sultan Iskandar Muda dan sejak itu terkenal dalam sejarah dan puisi (nazam) di Acheh hingga hari ini sebagai Putroe Phang.

Raja Mughal telah dijadikan anak angkat dan menantu kepada Sultan Iskandar Muda. Kemudian, Raja Mughal telah diangkat menjadi Sultan Acheh ke 13 dengan gelaran Sultan Iskandar Thani dan baginda memerintah Acheh sejak tahun 1638 hingga tahun 1641.

Setelah kekuasaan Acheh bertambah reda di negeri Johor dan negeri Pahang dengan kemangkatan sultan serta ketiadaan zuriat Sultan Pahang, maka negeri Pahang telah diletakkan di bawah satu wilayah pemerintahan berpusat di Johor dan Pahang diletak di bawah jagaan Bendahara.

Pada waktu ini, dinasti Kesultanan Negeri Pahang yang berpusat di Johor adalah dalam dinasti yang sama iaitu keturunan dari Sultan Melaka yang berasal usul dari Sultan Muhammad Shah hingga ke Sang Nila Utama.

Pemerintahan dinasti ini berakhir dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah II ( Sultan Johor ke 9) di Kota Tinggi pada Ogos 1699 dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama.

Sultan Mahmud Shah II ( Sultan Johor ke 9) atau Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai zuriat dan oleh yang demikian, pemerintah pada waktu itu telah digantikan oleh keluarga dan keturunan yang terkanan dan yang terdekat iaitu keluarga bendahara, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil.

Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil IV (Marhum Mangkat di Kuala Pahang), adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.

Dinasti ini kekal terus memerintah Kerajaan Johor, Riau dan Pahang. Pada penghujung pemerintahan kerajaan ini, Raja bersemayam di Riau (Bentan), Bendahara di Pahang, Temenggung di Johor.

Masing-masing mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan kawasan masing-masing kecuali dalam pelantikan baru Bendahara dan Temenggung dari kalangan zuriat masing-masing.

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Akibat campur tangan Belanda dan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda yang berlaku dalam tahun 1824, hilanglah kekuasaan Riau ke atas wilayah Johor dan Pahang.

Maka, negeri Pahang dan negeri Johor telah menjadi negeri yang berdaulat dan seterusnya melantik pemerintah wilayah masing-masing sebagai sultan yang secara tidak langsung menjadikan negeri ini sebagai negeri raja berdaulat.

Pada tarikh 6 Ogos 1882, Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah telah dijadikan sebagai sultan Pahang yang pertama dalam era zaman pemerintahan kesultanan Pahang moden.

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah (Sultan Pahang Moden Pertama)

Baginda telah mengalahkan kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir melalui perang saudara kerana perselisihan keluarga dan menyebabkan rakyat Pahang berpecah-belah untuk seketika.

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Semasa berundur ke Johor, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan anakandanya Tun Koris telah meninggal dunia di Sedili dalam bulan Mei 1863. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Siwa Raja dan bergelar sultan pada 6 Ogos 1882. Maka dari zuriat sultan inilah kekal sebagai pemerintahan Kesultanan Pahang hingga hari ini.

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Sultan Pahang Moden ke 6)

Rujukan:

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

18 − 17 =