Sejarah Penubuhan Perikatan Melayu Perak

Perikatan Melayu Perak telah ditubuhkan pada tarikh 27 Januari 1946 adalah kesinambungan daripada suasana pergolakan politik yang mana pada waktu itu menentang secara habis-habisan untuk penubuhan Malayan Union.

Persidangan awal untuk Perikatan Melayu Perak telah diadakan pada 17 Januari 1946 dan terdapat hampir 2,000 orang yang hadir termasuk putera-putera raja, pembesar negeri dan kakitangan kerajaan.

Dengan sokongan dari pelbagai pihak ini, jumlah ahli Perikatan Melayu Perak semakin bertambah dari hari ke hari sehinggalah dalam masa 4 bulan sahaja, cawangannya telah merebak ke seluruh negeri Perak dengan ahli seramai lebih 30,000 orang.

Sejarah Penubuhan Perikatan Melayu Perak

Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz

Dalam mesyuarat yang telah diadakan dalam ahli-ahli Perikatan Melayu Perak, mereka sebulat suara telah melantik Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz sebagai Yang Dipertua dan Dato’ Zainal Abidin Bin Haji Abas sebagai Nain Yang Dipertua.

Sejarah Penubuhan Perikatan Melayu Perak

Dato’ Zainal Abidin Bin Haji Abas

Antara tujuan dan dasar lain penubuhan Perikatan Melayu Perak adalah untuk menghapuskan Malayan Union, mengekalkan kedudukan Sultan, gelaran orang besar, agama dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Mereka juga menuntut agar orang-orang Melayu diberi peluang dalam sektor ekonomi dan diberi kemudahan serta kelebihan dalam mendapat pendidikan tinggi serta dalam pelajaran teknikal.

Sejarah Penubuhan Perikatan Melayu Perak

Terdapat beberapa pengaturan yang telah dirancang oleh Perikatan Melayu Perak untuk menentang Malayan Union. Antaranya adalah seperti yang tertera dan tersenarai dibawah.

  • Mengutus wakil untuk menemui Sultan Perak dan menghantar wakil Perikatan Melayu Perak ke London.
  • Meminta cadangan-cadangan dari negeri lain serta mendesak negeri-negeri tersebut untuk turut menghantar wakil mereka ke London.
  • Menghantar kawat bantahan terhadap Malayan Union terus kepada Setiausaha Tanah Jajahan dan surat khabar London Times di England.

Sejarah Penubuhan Perikatan Melayu Perak

Dengan penubuhan Perikatan Melayu Perak, ia telah membuktikan bahawa hasrat British untuk menubuhkan Malayan Union menerima tentangan hebat daripada semua orang-orang Melayu.

Rujukan:

  • UMNO semasa beribu pejabat di Perak 1946 – 1949, hal. 31 – 34
  • Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, hal. 41

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 2 = 1